
KUALA TERENGGANU: “Kali terakhir dia WhatsApp saya adalah pada pagi sebelum kejadian. Saya beritahu nak ke tempat kerja dan dia membalas, minta saya jaga diri,” kata Muhammad Haiqal Adnan, 19.
Muhammad Haiqal adalah teman lelaki Siti Surya Ismail, 19, gadis yang dibvnuh di hadapan ibu yang terlantar di Kampung Lubok Batu, Telemong, Hulu Terengganu, semalam.

Pemuda dari Kampung Medan Jaya, Rusila, Marang itu, berkata dia yang mengenali Siti Surya sejak dua tahun lalu, dimaklumkan mengenai kejadian menimpa arw4h oleh kenalan rapatnya jam 4 petang semalam.
“Pada mulanya, saya ingatkan rakan itu bergurau apabila dia memberitahu Siti Nur Surya mati dibvnuh. Saya kemudian terus ke rumah keluarga arw4h dan terkedu selepas mendapati ia benar-benar berlaku.
“Macam tidak percaya, saya dan ibu baru berjumpa Siti Surya pada Sabtu lalu ketika kami menziarahi ibunya di rumah mereka. Ketika itu, arw4h mesra bersembang dengan ibu.
“Ketika berbual, ibu sempat berpesan kepada arwah supaya jaga diri dan kesihatan,” katanya menambah, mereka berdua merancang bertunang dan kemudian berkahwin pada tahun depan.
Ketika ditemui di rumah datuk dan nenek Siti Surya di Kampung Beladau Kepong, di sini, Muhammad Haiqal berkata, dia terkilan kerana tidak sempat menunaikan hasrat arw4h untuk berkahwin tahun depan.
“Kami merancang untuk buat majlis tahun ini tetapi disebabkan Cov1d-19, ditambah pula dengan keadaan ibunya yang sakit, kami menangguhkan sehingga tahun depan,” katanya.
Difahamkan, jen4zah arw4h akan dibawa pulang ke Kampung Beladau Kepong untuk pengkebumian petang ini.
Dalam kejadian semalam, Siti Surya ditemui tertiarap di hadapan televisyen di ruang tamu rumah dalam keadaan berlvmuran dar4h dan pvtus pergel4ngan t4ngan.
M4ngsa yang ditemui adik perempuannya, Siti Nur Syuhada, 15, yang pulang dari sekolah kira-kira jam 2.30 petang, dipercayai dibvnuh penjen4yah yang memecah masuk rumah berkenaan, sekitar jam 9 pagi.
Siti Surya yang turut mengalami kec3deraan pada badan muka dipercayai berg3lut sebelum dibvnuh dengan senj4ta t4jam.
Difahamkan, ketika kejadian hanya dia dan ibunya yang terlantar akib4t k4nser ot4k berada dalam rumah berkenaan, manakala bapa dan adik-beradik lain keluarga bekerja atau ke sekolah.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: BH Online
Leave a Reply