Ris4u anak tak balik lepas temu jodoh sumandak Sabah, ibu buat drama air m4ta… Ramai pula tumpang seb4k

DEMI anak bangsa, pemuda ini terp4ksa mengenepikan perasaan sedih apabila terp4ksa meninggalkan ibunya buat seketika bagi memenuhi tuntutan tugas sebagai seorang pendidik.

Detik memaparkan dua beranak berkenaan seb4k ketika saling berpelvkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum si anak berlepas ke negeri di bawah bayu itu baru-baru ini, turut membuatkan netizen tersentuh h1ba.

Berkongsi cerita dengan mStar, Faizal Sani, berkata dia tidak menyangka mendapat tawaran penempatan (posting) untuk menjadi tenaga pengajar di negeri yang agak jauh.

“Saya mendapat makluman mengenai penempatan pada petang 15 Julai, di mana saya perlu melapor diri pada 25 Julai. Ia agak last minute, iaitu kira-kira seminggu saja perlu buat persiapan sebelum berangkat.

“Ibu saya, Zunaida Ab Malek, 61, gembira sebab saya berjaya dapat kerja tetap lebih-lebih lagi sebagai pendidik. Namun saya tak sangka dapat sampai ke Sabah. Agak tak bersedia juga nak tinggalkan ibu.

“Saya memang menetap berdua dengan ibu di Kuang, Sungai Buloh kerana satu-satunya yang masih bujang… yang lain dah kahwin, manakala ayah sudah men1ngg4l dvnia.

“Kami memang rapat sebab dah biasa berdua. Itu yang sedih. Dekat airport ada pula yang usik saya berjodoh dengan orang Sabah dan tinggal terus di sana, itu yang buat ibu makin touching,” cerita pemuda berusia 27 tahun ini.

sabah 3

Sebahagian ahli keluarga yang menghantar Faizal di lapangan terbang.

Menurut Faizal, dia ditempatkan di sebuah sekolah rendah di Kota Kinabalu sebagai guru subjek bahasa Arab.

Seminggu berjauhan dengan ibunya, Faizal berkata mereka kerap berhubung bertanya khabar antara satu sama lain.

“Biasalah ibu ni dia memang terlebih risau lebih-lebih lagi fikir fasal makan, macam mana nak sesuaikan diri di tempat orang seorang diri.

sabah 2

Melapor diri di Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu.

“Tapi dah seminggu di sini, semuanya okay. Tak susah pun nak biasakan diri di sini. Saya pula jenis tak cerewet bab makan.

“Ibu selalu pesan, jaga diri, jaga adab dekat tempat orang. Jauh mana pun pergi, kalau jaga adab, insya-Allah selamat. Ibu pesan, ajar anak orang dengan ikhlas dan paling penting jangan lupa solat,” ujar anak keempat daripada lima adik beradik ini lagi.

Tambah Faizal, dia mula ‘j4tuh cinta’ dengan tempat baharunya bukan sahaja kerana penerimaan penduduk tempatan yang ternyata sangat baik, tetapi juga situasinya tidaklah seperti yang dibayangkan sebelum ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Sebelum ini saya fikir mungkin susah nak bergerak ke bandar, kurang maju dan sebagainya. Tetapi ternyata sangkaan saya meleset. Semua kemudahan sangat dekat. Lagi pula banyak tempat yang menarik yang cantik.

“Orang-orang tempatan pula sangat beradab tutur katanya. Kalau nak tahu, mereka sangat menghorm4ti dan mengalu-alukan guru yang datang dari semenanjung.

“Murid-murid di sini juga sangat okay. Cuma saya fikir kena cuba belajar loghat Sabah supaya dapat memudahkan komunikasi seterusnya membuatkan proses pembelajaran lebih mudah,” katanya yang merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

sabah 4

Faizal mengajar subjek bahasa Arab di sebuah sekolah rendah di Kota Kinabalu.

Sekadar memuat naik video di aplikasi TikTok untuk mengabadikan kenangan bersama ibunya, Faizal berkata dia sama sekali tidak menyangka perkongsian itu menjadi tular.

“Ramai yang beri kata-kata semangat, malah ramai juga yang kata usah risau… datang dulu ke Sabah, dah duduk sini nanti pasti lebih teruja. Ada juga yang sebak bila tengok keakraban saya dan ibu.

“Apapun, banyak mesej daripada perkongsian saya. Sesiapa yang seperti saya kena kerja di tempat yang jauh, ambil saja peluang itu. Semua kerja ada cab4rannya. Ia bergantung kepada diri sendiri,” ujarnya lagi.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*