“Siapa Kata Anak Singapura Tak Boleh Berjaya..”-[VIDEO] Catat Semua A Dalam Peperiksaan, Aaron Aziz Bangga Pencapaian Anak

Anak perempuan kepada aktor kacak Datuk Aaron Aziz, Dwi Ariana mempamerkan keputusan peperiksaan di dalam International General Certificate of Secondary Education (IGCSE).

Menerusi laman sosial Instagram, Aaron berkongsi momen sewaktu meraikan kejayaan anaknya dalam sebuah hantaran video.

“Tabarakallah alhamdulillah @dwiarianaaaron skor semua A dan A+ untuk peperiksaan (IGCSE). @diyanahalik please dont forget the reward you promised her. Congrats kak, you make us proud!!” tulis Aaron di ruangan kapsyen.

Dalam perkongsian berdurasi kurang satu minit itu menunjukkan Ariana men4ngis sewaktu mendapat keputusan peperiksaan sambil dip3luk oleh ayah dan ibunya, Datin Diyana Halik.

VIDEO;

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

Sementara itu di ruangan komen, perkongsian tersebut mendapat pujian wargamaya yang rata-ratanya menyatakan anak-anak Aaron bijak-bijak belaka.

Tidak kurang juga ada peminat dari Singapura yang turut berbangga melihat prestasi cemerlang Ariana yang bersekolah di sini.

KOMEN NETIZEN;

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 200,000 tontonan daripada warga Instagram.

Sekadar info, IGCSE adalah program berasaskan sistem kurikulum antarabangsa iaitu Cambridge International General Certificate of Secondary Education yang berasaskan STEM.

Untuk rekod, Aaron berkahwin denngan Diyana Dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danish Anaqi, 19, Dwi Ariana,17, dan Dahlia Arissa, 13 tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber;GEMPAK

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*