“Nama Pun First Time, Aku Rasa Akak Ni Liverpool,” – Ditvduh Berlagak Sebab Tonton Game Bola Sepak Di Luar Negara, Respon Aeril Zafril Bikin Ramai Berdekah

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel men4fikan d4kwaan yang mendakwa dirinya seperti berlagak dan ingin menunjuk-nunjuk selepas berkongsi video sewaktu menonton perlawanan bola sepak di antara dua gergasi Inggeris Manchester United menentang Liverpool di Stadium Old Trafford, United Kingdom pada Selasa.

Individu tersebut mempersoalkan mengapa Aeril hanya berkongsi video sewaktu menonton perlawanan bola sepak di luar negara dan tidak melakukan hal yang sama ketika di Malaysia.

“Kalau masuk stadium dekat Malaysia, takde pun tunjuk video. Asal masuk stadium luar negara rajin pula buat video ye. Nampak sangat nak menunjuk. Benda mampu. Sini pun best juga,” tulisnya seorang individu di ruangan komen.

Lalu, Aeril menjelaskan ini merupakan pengalaman kali pertama dia menonton perlawanan bola sepak secara langsung di stadium utama seumur hidupnya.

Katanya lagi, dia juga tidak pernah memasuki mana-mana stadium sebelum ini meskipun untuk menonton perlawanan bola sepak tempatan.

Pada masa sama, suami kepada pelakon, Wawa Zainal ini juga sempat berseloroh dengan mengatakan individu tersebut bersifat dingin kerana dia merupakan peminat pasukan Liverpool yang tewas pada perlawanan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aeril Zafrel (@aeril_zafrel)


“Nama pun first time masuk stadium kak. Nak record macam mana? Susah juga. Kalau semua yang kita upload orang ingat asyik nak menunjuk je, aku syak akak ni liverpool,” selorohnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat reaksi tersebut selain turut menasihati Aeril supaya mengabaikan sahaja komen-komen negatif itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aeril Zafrel (@aeril_zafrel)


Semalam, Aeril berkongsi sebuah video yang memaparkan momen-momennya sepanjang menonton perlawanan bola sepak di Manchester bersama pelakon yang juga suami kepada aktres, Mawar Rashid iaitu Raff Yaakob.

Aeril juga sempat merakamkan sesi pemanas badan di tepi padang yang turut mengaksikan kelibat pemain bola sepak popular dunia, Cristiano Ronaldo.

Pada perla tersebut, pasukan Manchester United telah berjaya menewaskan Liverpool dengan jaringan 2-1.

Komen netizen:

Sumber & Kredit Foto: Instagram Aeril Zafril

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mediahiburan.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*