“Serba Boleh Ni..” – Suara ‘Mantap’ Bawak Lagu ‘Siapa Sangka, Siapa Menduga’, Isyariana Dipuji Netizen

Menerusi satu perkongsian video yang dikongsikan oleh pemilik akaun Tiktok Isyariana33 atau nama sebenarnya ialah Isyariana binti Che Azmi merupakan seorang pelakon dan penyanyi Malaysia dan juga bekas peserta Akademi Fantasia 2016.

Kini nama beliau semakin naik semenjak kemunculannya dalam drama Biarkan Ia Pergi yang merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Fairuz Loy dan juga bergandingan dengan Amar Baharin, dan Mior Darwish selaku watak utama.

Menurut video berdurasi 54 saat yang berjaya menarik perhatian ramai itu, Isyariana yang membuat ‘rehearsal’ di Sepahtu Reunion Live menyanyikan lagu yang berjudul ‘siapa sangka siapa menduga’ nyanyian asal oleh Liza Hanim yang telah dikeluarkan semenjak tahun 1997.

Rata-rata netizen terk3jut mendengar kemerduan dan keunikkan suaranya malah ramai juga yang tidak menyangka bahawa dia boleh menyanyi sesedap itu.

Beliau yang sering dikatakan mempunyai wajah seiras penyanyi kelahiran Indonesia, Agnes Monica itu mendapat pujian ramai dan ada juga yang mengatakan dengan suaranya yang sedemikian dia boleh pergi lebih jauh lagi dalam bidang nyanyian.

VIDEO;

@isyariana33

Rehearsal SepahtuReunionLive 🤍#biarkaniapergi #alissaothman #sepahtureunionlive2022

♬ original sound – isyariana – isyariana

Rata-rata netizen memuji suaranya yang merdu dan mengatakan bahawa dia serba boleh sama ada dalam lakonan, lawak ataupun nyanyian. Perkongsian video tersebut di laman tiktoknya mendapat jumlah tontonan sehingga 46.6K dan dipenuhi dengan komen sebanyak 63 serta mendapat sukaan sebanyak 2395.

KOMEN NETIZEN;

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber; TIKTOK / https://propernewsd.com/ Cepatberita

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*