Suami payungkan 2 pelajar ala filem Korea cetus kontroversi… Isteri ser4m baca komen, rupanya ada cerita yang ramai tak tahu

JANGAN cepat menghakimi kehidupan seseorang berdasarkan video tiga saat,” demikian kata seorang isteri.

Hasrat seorang wanita berkongsi momen manis suaminya memayungkan dua pelajar sekolah rendah pada hari hujan menjadi kecoh selepas ia dimuat naik di laman sosial.

Bercerita kepada mStar, Siti Surina Abdul Rashid, 33, berkata dia memuat naik video tersebut di TikTok sekadar suka-suka dan tidak menyangka ia menerima perhatian ramai.

Adegan dalam video di TikTok yang menimbulkan kontroversi.

Meneliti ruangan komen, Surina mengakui terkejut apabila segelintir netizen memintanya supaya berhati-hati, malah mengaitkan pertolongan suaminya dengan petanda dia akan dimadukan.

“Saya rakam video hantar anak sulung berusia lapan tahun ke sekolah di Bukit Jelutong, Selangor. Biasalah mak-mak suka rakam anak. Hari tengah hujan, jadi suami payung hantarkan anak sampai ke dalam.

Video:

@surinarashid.co

Gentleman katanya.. 😌😌😌

♬ Pelengkap Hidupku – DIDIT PRASETIYO

“Sewaktu suami nak kembali ke kereta, alang-alang dia tengah pegang payung, dia payungkan sekali dua murid yang kebetulan sedang melintas jalan dan saya pun masih membuat rakaman.

“Apabila masuk kereta, saya cakap nampak sweet la video tu. Tambahan pula suami ketika tu berpakaian formal (rasmi) sebab dalam perjalanan nak jumpa klien, bila pegang payung dalam hujan nampak vibe filem Korea.

“Saya pun edit video tu dan upload di TikTok sebagai momen lucu nak tunjuk pada kawan-kawan,” kata Surina mengusahakan bisnes dalam talian.

Setakat ini, video yang dimuat naik Surina meraih lebih 1.7 juta tontonan.

Bagaimanapun, video santai itu mendapat pelbagai reaksi warga maya sehingga mengejutkan Surina membaca setiap komen.

“Saya faham netizen suka bergurau dan saya boleh terima, tapi jadi seram pula apabila ada yang kata budak tu nak rampas suami saya la, budak tu akan jadi madu saya la.

“Ada yang mengaitkan video tu dengan kes skandal bawah umur baru-baru ni. Saya jadi kasihan pada budak-budak tu pula, sebab dia tak kenal suami saya pun. Takut netizen pergi cari dia untuk kecam.

“Dahsyat betul saya baca komen-komen, sedangkan video tu hanya berdurasi tiga saat, tak ada konteks penuh mengenai apa yang berlaku tapi netizen cepat je buat rumusan mereka sendiri.

Surina bahagia mendirikan rumah tangga bersama suaminya.

“Video yang kelakar pada mulanya boleh jadi serius apabila melibatkan hal-hal peribadi,” ujarnya yang mendirikan rumah tangga selama 11 tahun.

Menurut Surina, suaminya yang berusia 35 tahun itu pernah berkhidmat sebagai guru di sekolah rendah dan sangat peramah menyantuni murid-murid.

“Dulu suami saya 10 tahun mengajar agama di sekolah rendah di Bukit Jelutong. Kemudian dia berhenti dan jadi private tutor, sekarang dia kerja sebagai konsultan dalam bidang syariah.

Surina dan suami dikurniakan tiga orang cahaya mata.

“Sebagai bekas guru, dia memang suka borak dengan budak-budak walaupun dah tinggalkan kerjaya tu, saya kenal suami saya.

“Dia friendly kalau terserempak dengan pelajar sebab dah sebati personaliti dia sebagai guru, suami tak ada niat yang bukan-bukan.

“Macam waktu kejadian hari tu, suami yang nak tolong payungkan dua budak sekolah rendah tu melintas jalan,” kata Surina yang dikurniakan tiga cahaya mata.

Surina mengenali suaminya dalam dan luar sepanjang 11 tahun bersama.

Menitipkan pesanan, Surina berharap warga maya berfikir secara rasional sebelum membuat sebarang andaian mengenai apa yang dilihat atau dibaca di media sosial.

“Di media sosial ni, apa yang kita nampak tu cuma cebisan kecil je, bukan cerita penuh. Jadi jangan lantang sangat nak bagi pendapat selagi tak tahu kebenaran tentang apa yang berlaku.

“Boleh nak bergurau, tapi biar berpada-pada,” jelasnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://www.mstar.com.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*