[VIDEO] Arwah Suami Noniswara Pemilik Rumah Agam Mewah Di Kuala Krau, Dijadikan Pusat Tahfiz & Sekolah Agama

Suami kepada pelakon Datin Seri Noniswara Baharuddin iaitu Datuk Seri Dr Sheikh Nordin Sheikh Ahmad telah menghembuskan nafas terakhir, akibat strok, pada malam Ahad.

Rumah agam untuk anak tahfiz

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DSNW AlSheikh❤ *Mil Universe special queen 2022* (@noniswara)


Susulan itu, kembali tular video Noniswara berkongsi tentang rumah agam milik suaminya yang terletak di Kampung Batu Gading, Temerloh di TikTok. Rumah yang diberikan nama Dato’ Syeikh Residences itu dijadikan sebagai pusat tahfiz dan sekolah agama sejak hampir dua tahun.

Menurut Noniswara, arwah suaminya memilih untuk tinggal di rumah arwah kakaknya apabila pulang ke kampung biarpun rumah agam cukup besar kerana enggan mengganggu ketenteraman anak-anak tahfiz.

Bila kami pulang ke kampung, kami tinggal di rumah arwah kakak Datuk Seri. Sebenarnya, kalau kami nak tidur dan duduk di rumah agam pun boleh sebab rumah besar.

Tingkat empat memang tidak digunakan dan ada master bedroom. Tetapi Datuk Seri tak nak mengganggu budak-budak tahfiz.

Jadi buat masa sekarang sementara menunggu rumah persinggahan siap, kami lebih selesa tinggal di rumah arwah kakak. Lebih selesa dan privasi.

Difahamkan, video itu dimuat naik di Instagram pada 7 Julai lalu.

Semoga sayang tenang

rumah agam

Sementara itu, di Instagram Story, ibu kepada pelakon Erysha Emyra menyifatkan arwah suaminya pasti tersenyum melihat majlis bacaan Yasin diikuti tahlil dilakukan di rumah agamnya bersama anak-anak tahfiz.

Dalam masa sama, Noniswara turut mendoakan agar arwah suaminya tenang dan damai di negeri abadi.

Pada Isnin, jenazah Allahyarham Sheikh Nordin dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Mustaqim, Ampang, sebelum dibawa pulang ke Kuala Krau, Temerloh, Pahang untuk dikebumikan.

Untuk rekod, Noniswara mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Sheikh Nordin sejak sembilan tahun lalu namun tidak dikurniakan cahaya mata.

Sumber: InstagramBH Online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://ohbulan.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*