
PELAKON Izara Aishah dan suami Adib Khalid selamat menimang bayi perempuan kedua.
Perkara itu disahkan oleh Adib menerusi ruang komen di Instagram milik Izara pada petang Jumaat yang turut meluahkan rasa syukur atas kelahiran bayi keduanya.
“Alhamdulillah… Menyambut seorang lagi anak perempuan dalam keluarga kami. Terima kasih untuk doa,” katanya.
Izara dan Adib.
Izara turut memuat naik video memperlihatkan Adib dengan reaksi wajah gembira sedang mendukung bayi keduanya itu.
Manakala anak pertamanya Irisa Alaia, 3 tahun dilihat sedang bermain-main dengan adiknya.
VIDEO;
View this post on Instagram
Bagaimanapun, Izara tidak memberi butiran tentang anaknya itu termasuk tarikh dia bersalin.
Dalam pada itu, peminat dan rakan artis turut mengucapkan tahniah kepada Izara dan adib atas kelahiran anak kedua mereka.
“Alhamdulillah. Tahniah Izara.
“Tahniah Izara. Semoga semakin berbahagia bersama keluarga,” katanya.
Adib dan Izara berkahwin pada November 2017.
Pada 6 September lalu, Izara mengejutkan orang ramai apabila mengumumkan dia sedang hamil dan dijangka bakal bersalin pada Oktober.
Untuk rekod, Izara mendirikan rumah tangga dengan Adib pada 17 November 2017.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :https://www.mstar.com.my/
Leave a Reply