
Segelintir netizen meluahkan rasa terkejut melihat penampilan penyanyi Aizat Amdan sewaktu membuat persembahan di sebuah konsert baru-baru ini.
Menerusi sepotong video yang tular di TikTok, Aizat dilihat mengenakan baju tanpa lengan berwarna biru yang dipadankan dengan seluar pendek kilat berona kelabu.
Macam Sam Smith?
Malah, penyanyi berusia 34 tahun itu turut dilihat mengenakan aksesori seakan bengkung di bahagian perutnya.
Selain fesyen yang menjadi tumpuan, gaya rambut Aizat yang diwarnakan sedikit pada bahagian hadapan turut menyorot perhatian.
Difahamkan, Aizat membuat persembahan itu ketika menjadi penyanyi undangan pada konsert penyanyi antarabangsa kelahiran Malaysia iaitu Yuna yang berlangsung malam tadi.
Bagaimanapun, rata-rata netizen yang singgah ke ruangan balas seakan terkejut melihat fesyen pelantun lagu Hanya Kau Yang Mampu itu sehingga ada yang menyamakan dengan penyanyi Hollywood iaitu Sam Smith.
Pun begitu, masih ada segelintir netizen yang memuji Aizat berani tampil dengan fesyen berbeza daripada kebiasaannya.
Video;
@ariaputerakamal Aizattt Amdan !!!
Sumber: TikTok
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :Ohbulan
Leave a Reply