26 tahun jalin persahabatan dengan buaya, lelaki dedah ‘kisah manis’ kali pertama bertemu

BUKANNYA bersahabat dengan manusia tetapi seekor haiwan reptilia!

Begitulah kisahnya untuk nelayan Indonesia ini apabila dia menjadi rakan karib dengan seekor buaya air masin sepanjang empat meter selama hampir 26 tahun.

Masyhur dalam komuniti tempatan kerana persahabatannya yang unik, Ambo, 59, yang berasal dari Kota Bontang, Kalimantan Timur, Indonesia menamakan temannya itu sebagai Riska.

Riska ternyata menjadi figura penting dalam kehidupan Ambo, mereka kali pertama bersua ketika Ambo sedang menangkap ikan di perairan Pupuk, Kalimantan Timur.

Pada ketika itu, Riska yang hanya berukuran kira-kira satu meter melewati bot yang dinaiki Ambo tetapi tidak diendahkan pada mulanya.

Perhatian Ambo akhirnya tertancap pada Riska apabila buaya itu dilihat seolah-olah berenang untuk mengikut botnya pulang ke rumah.

Ambo kemudian mengambil sedikit makanan dan melemparkannya ke dalam air untuk dimakan Riska, detik ini menandakan permulaan hubungan yang istimewa antara mereka berdua.

“Sejak hari itu saya selalu memberi makan Riska. Jika saya tidak melihatnya selama dua atau tiga hari, saya akan mencarinya.

“Saya layan dia seperti anak saya sendiri,” katanya.

Riska kerap dilihat berada berhampiran dengan bot Ambo dan tidak berlalu pergi sehingga diberi makan.

Selesai makan, Ambo akan mengambil kesempatan untuk mengusap bahagian belakang kepala Riska.

“Saya selalu bagi Riska makan tiga ekor ayam. Sebaik sahaja dia diberi makan, dia berenang jauh.

“Apabila saya keluar dari kampung, saya akan memberitahu jiran saya untuk memberi makan kepada Riska semasa ketiadaan saya” katanya.

Walaupun dikira sebagai sahabat baik, Ambo mengakui bahawa dia tetap berwaspada ketika mendekati Riska kerana buaya itu boleh menelannya pada bila-bila masa jika tidak berhati-hati. – Kompas.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*