“Jangan Nanti Balik Bawa Madu Sudah” – Perkhidmatan ‘Personal Shopper’ Ini Jadi Bahan Gurauan Netizen!

Baru-baru ini sebuah syarikat pasar raya besar telah mempekenalkan perkhidmatan pembeli peribadi atau ‘personal shopper’.

Perkhidmatan ini membolehkan orang ramai khususnya golongan lelaki atau suami mendapatkan bantuan daripada pekerja yang bertugas.Tambah menarik, pembeli juga dikatakan boleh berada di dalam kereta atau duduk menantikan senarai barangan yang dipesan diuruskan oleh ‘personal shopper’ tersebut.Menarik bukan? Sudah tentu servis ini memudahkan khususnya buat suami yang kurang arif dengan barangan dapur.

Namun, dalam pada orang ramai menyambut baik perkhidmatan ini terdapat juga suara-suara nakal yang mengusik perkhidmatan ini.

Ada yang menganggap perkhidmatan ini akan memberi semangat kepada ‘ketua keluarga’ dan tidak kurang juga yang memberi amaran kepada isteri jika suami pulang membawa ‘madu’.

Anda boleh lihat gelagat netizen di bawah.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah C0VID-19!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak



Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*