“Yakin & Bersabarlah Seperti Mereka Di Syria Yakin Dengan Allah” – Saharul Ridzwan Kngsi Doa Pelarian Syria, Netizen Sebak

Aktor kacak Saharul Ridzwan mencuri perhatian wargamaya apabia berkongsi sepotong doa yang dikirimkan oleh pelarian Syria khas buat penduduk Malaysia.

Menerusi laman sosial Instagram, Saharul memuat naik petikan doa tersebut untuk tatapan umum.

“Doa dari mereka untuk kita. Pada waktu kita rasa Allah sekarang ni tengah uji kita dengan dugaan yang sangat berat untuk kita, Allah hadirkan ingatan kita dalam doa Syria. Ya, Allah ada dengan kita.

Yakin dan bersabarlah sepertimana mereka di Syria yakin dengan Allah. Jangan pernah berhenti berdoa. Insyallah, solat jalan tinggal, salam maghrib,” tulis pelakon itu sebagai kapsyen.

Menerusi video berdurasi kurang dua minit itu, pelarian Syria memohon bantuan Allah untuk mengangkat baIa w4bak C0vid-19 yang dihadapi.

VIDE0:

Malah, mereka turut mendoakan agar penduduk Malaysia terus diberikan kesenangan, kelapangan dan perlindungan bagi meredakan situasi bah4ya kini.

Rata-rata pengikut turut sama berterima kasih dan mengaminkan doa yang dibaca.

“Syukran, terima kasih warga Syria,” komen seorang wargamaya.

“Ya Allah Syria, thank you so much, ameen!” kata seorang wargamaya.

“Allahurabbi, walaupun dalam keadaan yang susah, mereka turut mendoakan kita,” luah seorang wargamaya.

“Salam, laju air mata saya turun dengar doa yang dibaca, ameen!” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 100,000 tontonan daripada warga Instagram.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak



Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*