“Saya Artis Agak Sendu Tapi Tak Minta Bantuan Kerajaan” – Jimmy Shanley

Pengacara Jimmy Shanley tampil menyatakan pendirian terhadap isuu artis memohon insentif kerajaan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tular sejak semalam.

Kata Jimmy, walaupun dia bukan selebriti terkemuka namun tidak meminta bantuan daripada kerajaan.

Malah, Jimmy menawarkan pula bantuan untuk golongan memerlukan terutama ibu tunggal.

“Saya artis yang agak sendu tapi tak minta bantuan kerajaan, ada sesiapa perlukan pertolongan sila DM.

“Ibu tunggal diutamakan,” kata Jimmy.

Kenyataan terbuka Jimmy itu mendapat respon p0sitif daripada netizen malah ada yang menyarankan agar Jimmy membantu pula golongan selebriti yang meminta bantuan.

Kecoh di laman sosial apabila ada segelintir selebriti menyatakan kerisauan terhadap tiadanya bantuan daripada kerajaan untuk anak seni.

Impak itu ekoran penul4ran w4bak C0vid-19 yang menjejaskan sumber utama pendapatan golongan artis terutama pelakon dan penyanyi apabila tiada undangan atau tawaran berlakon.

Lebih mengusutkan apabila kebanyakan artis terlepas pandang untuk mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sepanjang bergelar anak seni.

Pesanan buat semua, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah C0vid-19!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak



Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*