Genap 40 hari Ashraf Sinclair pergi, Bunga Citra Lestari ajak 0rang ramai bertahlil dari jauh – “Terima kasih kami untuk cinta yang anda beri”

Foto kenangan Bunga dan anaknya, Noah bersama arw4h Ashraf.

GENAP 40 hari pemergian Allahy4rham pelakon Ashraf Sinclair, isterinya iaitu penyanyi Bunga Citra Lestari bersyukur masih dihujani kata-kata semangat daripada banyak pihak.

Memandangkan krisis w4bak C0vid-19 sedang melanda di seluruh dunia, Bunga berasa sedih kerana tidak dapat berkumpul bersama keluarga dan kenalan bagi mengadakan majlis tahlil arw4h suaminya itu.

“Menjelang 40 hari pemergian Ashraf, kami bersyukur kerana masih berterusan dihujani kasih sayang daripada sahabat, keluarga dan orang lain yang selalu mendoakan.

Bunga berkongsi perkara itu di Instagram.

“Dengan keadaan ketika ini, tentunya kita semua tidak dapat berkumpul untuk mengadakan majlis tahlil bersama.

“Namun sangat bermakna bagi kami jika doa, zikir dah tahlil dapat dilakukan untuk arw4h Ashraf,” tulis Bunga menerusi laman Instastory miliknya.

Allahy4rham Ashraf Sinclair meningg4l dunia akibat ser4ngan j4ntung pada 18 Februari lalu di Jakarta, Indonesia.

Pemergian arw4h Ashraf bukan sahaja memberi tamparan kepada keluarga malah semua yang mengenalinya terutama rakan selebriti serta peminat dari Indonesia dan Malaysia.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Cinta ini serta keluarga mengajak orang ramai membaca surah Yassin di kediaman masing-masing pada hari ke-40 pemergian arw4h suaminya pada Sabtu.

Allahy4rham Ashraf bersama seluruh keluarganya.

“Dengan berasa rendah hati, kami berharap keluarga dan semua rakan boleh bersama-sama berdoa dan membacakan Yassin dari kediaman masing-masing.

“Pada hari Sabtu 28 Mac 2020 selepas solat Isyak. Semoga arw4h Ashraf berada di tempat terindah disisiNya.

“Tiada kata yang boleh menggambarkan rasa terima kasih kami untuk cinta yang anda semua berikan,” katanya.

Bunga, 37, dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 10 tahun.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*