“Jangan gelakkan orang tengah susah… w4bak tak kenal miskin atau kaya dan pekerjaan” – Lagi artis tegurr netizen tak sensitiff

ISU artis perlu bantuan kerajaan masih hangat diperkatakan sejak Khamis, enggan berdiam diri pelakon Fezrul Khan turut tampil menyuarakan haknya.

Menurut Fezrul, 38, golongan selebriti juga menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan membayar cukai pendapatan setiap tahun.

Pemilik nama Fezrul Khan Junaidi ini berpendapat tiada salah sekiranya mereka meminta bantuan untuk kegunaan artis lain yang kurang bernasib dan memerlukan pertolongan.

“Biar saya beri penjelasan daripada pihak saya, kita artis setiap tahun bayar income tax ikut berapa pendapatan kita dapat.

Komen baIas Yana dan Fezrul kep4da netizen yang mempertikaikan isv artis mohon bantuan.

“Kalau banyak, banyak la dip0tong setiap tahun. Jadi salah ke kalau artis minta bantuan untuk kegunaan artis-artis yang kurang bernasib baik dan memerlukan?

“Itu adalah salah satu sumbangan kita pada negara. Jadi, sama-sama la kita bantu negara. Harap anda semua faham, berat sama dipikul ringan sama dijinjing,” katanya.

Fezrul berkongsi penjelasan itu di ruang komen di Instagram @mstaronlineofficial pada Sabtu mengenai bintang tenis dunia iaitu Novak Djokovic dan isterinya memberi sumbangan untuk menangani w4bak C0vid-19.

Menerusi artikel tersebut, Novak Djokovic dan isteri, Jelena menyumbang 890,000 pound (RM4.8 juta) untuk membeli ventilator serta peralatan perubatan yang lain untuk memb4nteras C0vid-19 di Serbia.

Rata-rata netizen memuji sikap dermawan Djokovic dan membandingkan tindakan segelintir golongan artis Malaysia hanya tahu meminta bantuan daripada kerajaan sahaja.

Jadi salah ke kalau artis minta bantuan untuk kegunaan artis-artis yang kurang bernasib baik dan memerlukan?

FEZRUL KHAN

PELAKON

Dalam pada itu, Fezrul juga ada memb4las beberapa komen netizen dengan mengatakan tidak perlu menvduh atau membuat andaian sekiranya tidak mengetahui perkara sebenar.

Kata Fezrul, sebagai rakyat Malaysia sepatutnya kena saling membantu satu sama lain dan boleh menyemak Instagram Persatuan Seniman serta Karyawan jika ingin menghulurkan bantuan.

“Kalau tak tahu, janganlah lemparkan tudvhan. Diam-diam sudah, takkan artis nak mengaku ‘eh aku ni miskin’. Diberi akal dan fikiran, boleh berfikir secara bijak,” katanya.

Sementara itu pelakon Yana Samsuddin turut meninggalkan pandangan pada salah satu komen netizen di posting berkaitan sumbangan Djokovic.

“Meanwhile artis di Malaysia?” tulis seorang netizen sambil disertakan ikon emoji ketawa.

Kenyataan Black di sebuah artikel disalah anggap segelintir netizen.

Kata Yana, dalam keadaan seperti ini semua pihak tanpa mengira latar belakang harus bersatu hati.

“Jangan gelakkan orang tengah susah, jangan pertikaikan orang lain. Kita tak tahu amalan apa yang mereka buat.

“W4bak tak kenal bangsa, miskin atau kaya dan pekerjaan… harap semua bermuhasabah,” katanya.

Sebelum ini, penyanyi Black Hanifah dan Tomok menjadi mangsa kec4man netizen yang mempertikaikan tindakan mereka meminta kerajaan agar tidak melupakan golongan pekerja seni.

Bagaimanapun terdapat salah faham kerana tidak memahami suara mereka itu adalah bagi mewakili pekerja seni lain khususnya di belakang tabir dan selebriti veteran.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*