‘Artis Yang Memerlukan Bantuan Itu Bukan Semua’ – Sarah Raisuddin

Pelawak Shuib Sepahtu dikecam hebat apabila tampil menyokong kenyataan rakannya dan menyatakan golongan artis veteran memerlukan bantuan khusus ketika menghadapi perintah kawalan pergerakan (PKP). Isteri Shuib, Sarah Raisuddin dilihat memberi kata-kata semangat buat suaminya dan mengatakan mereka tiada niat melainkan hanya untuk membantu.

Muat naik screenshot kec4man

Menurut Sarah, mereka tiada niat lain kecuali mengharapkan yang terbaik untuk semua orang. Tambahnya, ketika menghadapi detik sukar sebegini, semua pihak memerlukan bantuan dan mereka bersyukur dengan pengumuman kerajaan berkenaan pakej rangsangan ekonomi oleh Perdana Menteri tempoh hari.

Ya Allah, kami ini insan kerdil hamba-Mu. Segala yang dimiliki kami juga datangnya dari Mu. Maafkan kami, kalau salah pada nada bicara, kami takde niat lain hanya berharap yang baik-baik buat semua…

Di saat sukar ini semua pihak memerlukan bantuan, dan Alhamdulillah dengan khabar gembira daripada kerajaan semalam. Tidak kira siapapun kita, pasti ada yang terselit mereka yang susah dan perlu dibantu. Tidak kiralah siapapun mereka.

Jangan berhenti berdoa

Ujar penyanyi Kesetiaan ini, dia dan suami yang berkelebihan akan dibantu. Walaubagaimanapun, bukan berm4ksa semua artis harus dibantu kerana sebagai manusia biasa sudah tentu mempunyai naik turun sendiri.

Alhamdulillah rahmat dan rezeki Allah, kami dikurnia kelebihan dan dari pihak kami insyallah sentiasa bersedia membantu mereka yang memerlukan. Artis yang memerlukan bantuan itu bukan semua, maksudnya mereka yang juga sama seperti manusia lain juga ada pasang surut hidup.

Macamnilah, andai kita ada lebih kita bantulah, Insya-Allah ada hikmah dari Allah. Tidak ada istimewanya kami, kita semua sama manusia biasa. Takpe, kita jangan berhenti berdoa. Moga cepat habis semua musibah ini. Amin. Doakan kami kuat, menghadapi dug4an ini juga.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: OhBulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*