“Ingat tak sayang masa tayar kereta b0cor ketika hantar awak pulang” – Pasha (Ungu) karang ayat jiwang untuk isteri

Pasha dan isteri sambut ulang tahun perkahwinan yang ke-9.

SEMPENA ulang tahun perkahwinan yang ke-9, penyanyi Pasha berkongsi momen dan kenangan terindah ketika pertemuan pertama dia dengan isterinya, Adelia Wilhelmina pada Jumaat.Pasha berharap isterinya akan sentiasa mengingati setiap kenangan antara mereka sepanjang sembilan tahun bersama antaranya tayar kereta b0cor, bumbung kereta tidak dapat ditutup dan tangisan selepas diijab kabul.

“Sembilan tahun telah bersama dengan kamu sayang… ingat tak apabila kita berjumpa untuk kali pertama? Ingat tak sayang apabila saya terlambat ambil ketika mahu tengok wayang sama-sama untuk kali pertama?

“Ingat tak sayang masa tayar kereta b0cor semasa hantar awak pulang ke Bandung? Ingat tak sayang semasa kita berjalan-jalan tetapi bumbung kereta tak boleh ditutup? Ingat tak sayang kita naik motor pergi ke Bandung masa hujan, best sangat?

Pasha berkongsi kenangan bersama isterinya.

“Ingat tak sayang masa di Beijing kita kesejukan? Ingat tak, waktu saya melamar awak? Ingat tak, waktu awak menangis selepas kita diijab kabulkan sebagai suami isteri?” tulis Pasha menerusi laman Instagram.

Vokalis kumpulan Ungu ini mendirikan rumah tangga dengan Adelia pada 2011 dan mereka mempunyai lima orang cahaya mata.

Dalam pada itu, Pasha memberitahu dia sentiasa mengingati setiap momen bersama isterinya dan mendoakan agar rumah tangganya sentiasa dilindungi serta diberkati Allah.

Saya ingat semuanya ketika kita sedih, senang, ketawa, bahagia, menangis dan semuanya tentang kita.

PASHA

PENYANYI

Pasha juga memohon maaf kepada isterinya atas kata-kata dan sikapnya yang tidak baik sepanjang mereka hidup bersama selama sembilan tahun sebagai suami isteri.

“Saya ingat semuanya ketika kita sedih, senang, ketawa, bahagia, menangis dan semuanya tentang kita. Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-9 kekasihku Adelia.

“Semoga Allah SWT sentiasa memberi pelindungan dan memberkati keluarga kita dengan kebaikan di dunia serta di akhirat kelak.

“Maafkan saya selama sembilan tahun ini ada sikap atau bahasa yang kurang baik pernah awak dengar dan terasa hati sepanjang menjadi pasangan hidup awak,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*