“Simple Tapi Bermakna,” – Fasha Sandha Pakai ‘Baju Kelawar’ & Tiada Solekan Sambut Hari Jadi, Sederhana Apa Adanya

Pelakon versatil, Fasha Sandha kini telah mencecah usia 36 tahun pada 28 Mac lalu.

Walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan tetap menyambut hari ulang tahun kelahirannya dengan secara bersederhana.

Sambil disertai ahli keluarga, posting bintang Patah Sayap Bertongkat Paruh itu turut mencvri perhatian apabila dilihat hanya mengenakan baju kelawar ketika menyambut ulang tahun kelahiran.

“Sambut birthday pakai baju kekawaq cara #stayhome #dudukrumah #nomakeup.

“Simple sangat tapi meaningful

Terima kasih suamiku dan keluarga, love you  #fashasandhaturns36 ,” tulis ibu kepada dua cahaya mata ini.

Menjengah di ruangan komen entri berkenaan, rata-rata peminat memberi ucapan hari jadi kepada aktres jelita itu.

View this post on Instagram

Syukur, banyak dapat kiriman kek dan hadiah dari semalam sampai hari ni. Syukur, terima kasih kesayanganku semua. Love you Terima kasih juga buat suami yang gigih buat video ucapan untuk isteri. Terima kasih mama kerana melahirkan dan membesarkan kami semua . Syukur Alhamdulillah #fashasandhaturns36

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Malah ada di antara ucapan kenalan dan peminat turut dikongsikan kembali menerusi Insta Stories miliknya.

Foto: Instagram Fasha Sandha

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*