Pasangan di Setapak-Setiawangsa pengantin pertama nikah online

SITUASI negara pada ketika ini yang sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penul4ran C0vid-19 tidak menghalang pasangan Muhammad Don Haadi Don Putra dan Nahdatul Aishah Mohd Sharif untuk diijabkabulkan.

Namun tidak seperti kelaziman biasa majlis akad nikah, pasangan ini diijabkabulkan menerusi sidang video (video conference) secara dalam talian.

Mereka menjadi pasangan pertama di Malaysia dinikahkan melalui kaedah berkenaan yang dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Dengan hanya sekali lafaz, pasangan ini selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri dalam satu majlis ringkas pada pagi Sabtu sambil disaksikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohd Al Bakri dan Pengarah Jawi, Mohd Ajib Ismail.

Majlis akad nikah kedua-dua pasangan berusia 29 tahun itu diadakan di rumah keluarga masing-masing di Setapak dan Setiawangsa.

Menerusi video yang dikongsi di laman Facebook TV Al Hijrah, kelihatan Muhammad Don Haadi duduk di ruang tamu dengan disertai oleh ahli keluarganya yang lain, manakala Nahdatul Aisyah pula ditemani kedua ibu bapanya di kediaman mereka.

Majlis nikah online itu selaras dengan ketetapan terbaru Jawi pada 17 April lalu yang memberi kelonggaran kepada pasangan yang memperolehi Kebenaran Berkahwin daripada badan agama itu untuk melaksanakan akad nikah secara sidang video (video conference) berdasarkan garis panduan dan borang permohonan ditetapkan.

Jawi menerusi satu kenyataan berkata, perkara itu juga selari dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-97 yang bersidang pada 15 hingga 17 Disember 2011 yang memutuskan bahawa adalah harus melakukan akad nikah menerusi sidang video dengan syarat yang ditetapkan.

Ia juga menyebut, bagi urusan lain seperti Permohonan Kebenaran Berkahwin untuk pasangan yang belum lagi mendapat Kebenaran Berkahwin, pendaftaran nikah, cer4i, rujuk, dan kursus praperkahwinan Islam ditangguhkan sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

Untuk rekod, antara negara yang melaksanakan nikah online ekoran penularan w4bak C0vid-19 adalah Emeriyah Arab Bersatu (UAE).

Kerajaan menguatkuasakan PKP sejak 18 Mac lalu hingga 28 April depan bagi mengekang penul4ran C0vid-19 di negara ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*