Peminat Tanya Siapa Artis Akan Buat Persembahan Masa Kahwin? Ini Jawapan Mira Filzah

Pelakon dan pengacara Mira Filzah berkongsi beberapa orang nama penyanyi yang akan membuat persembahan ketika majlis perkahwinannya nanti.

Kata Mira, dia terfikir untuk mengundang Anuar Zain, Ernie Zakri dan Syamel sebagai penyeri majlis.

“Ya Allah menariknya soalan ini. Saya pun ada terfikir juga. Hmm nak..

“Lah boleh pulak nak kan.. Anuar Zain, Syamel dengan Ernie,” kata Mira sambil tersenyum.

Mira memberitahu perkara itu menerusi akaun Instagramnya sewaktu mengadakan sesi soal jawab bersama peminat di ruangan Instagram Stories semalam.

Terdahulu, Mira akhirnya mendedahkan sudah mempunyai teman lelaki dan secara tidak langsung menjawab persoalan mengenai status dirinya.

Mira dan jejaka pilihannya, Wan Emir Astar yang merupakan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid dilaporkan bakal disatukan sebagai suami isteri sekitar bulan Oktober ini.

Pasangan berkenaan sebetulnya sudah lama mengenali antara satu sama lain.

Bagaimanapun, apabila Wan Emir melanjutkan pengajian, hubungan mereka terhenti sehinggalah kembali bertemu dan berhubung semula.

Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman dan Wan Emir pernah belajar di sekolah yang sama.

Wan Emir yang juga seorang arkitek difahamkan sudah menghantar rombongan untuk merisik pelakon wanita popular berusia 27 tahun itu.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah C0vid-19!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*