“Mak terus tolong jahitkan bila nampak beg runner hantar makanan nak putus.”

Rakyat Malaysia terkenal dengan sikap sopan santun dan juga suka menolong orang, hal ini turut diperkatakan oleh orang luar yang datang ke negara kita, Malaysia. Walaupun mempunyai pelbagai agama dan bangsa kita telah berjaya dididik dengan sifat seperti itu.

Ramadhan kali ini nyata berbeza dari tahun sebelum ini kerana kita berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan di mana tiada terawih, tiada bazaar ramadhan. Walau bagaimanapun, kita ada inisiatif menggunakan perkhidmatan dalam talian dan ketika ini pekerja penghantar makanan adalah individu yang banyak berjasa buat kita.

Tidak kira hujan atau panas mereka sanggup redah untuk mencari rezeki dan memastikan para pelanggan mendapat makanan yang dibeli. Melalui perkongsian seorang wanita di Twitter, Amiera Idayu, ketika penghantar makanan sampai ke rumahnya untuk menghantar juadah berbuka puasa, ibunya ternampak beg lelaki tersebut yang hampir putus. Dalam keadaan hujan dan makanan yang masih berbaki, si ibu tadi terus membantu lelaki terbabit menjahit beg berkenaan.

Tengah online class tetiba adik aku tanya, mana bekas jarum dgn benang kak ayu? Aku pon mcm pelik lah kenapa dia cari benda tu. Rupa2nya runner foodpanda yg cod murtabak adik aku tu, tali beg dia putus. Dah lah dengan hujannya lagi, lepastu dalam sejam lebih je nak berbuka.

Mak cepat2 tolong jahitkan tali beg runner tu sebab bila tengok dalam beg tu ada lagi makanan yg dia blom hantar. Nasiblah mak boleh perasan tali beg dia tu putus ngam2 depan mata. Kalau tak macam mana agaknya dia nak sandang beg tu dgn tinggal sebelah je talinya.

So, tolonglah lepasni yg mana gunakan perkhidmatan runner apa2 company mahupun persendirian. Janganlah berkira sngt nak bayar duit COD tu. Kesian kat dorang yg berpanas berhujan ni. Anggaplah kalau bagi lebih tu mcm sedekah untuk dorang.

Abang aku sendiri pon tolong cod makanan mak aku jual, ni based on true story ye korang. Ada yg bagi 50sen duit COD. Tak kan kita nak marah kan? Nak tak nak diamkan je. Malas nak memintak.

Kalau rasa berkira sngt nak bayar cas COD. Better self-pickup tak pon pergi beli sendiri je. Kalau kita nak pakai service orang, kita kena faham nilai yg selayaknya untuk dorang. Dorang dah memudahkan kerja kita, jadi jangan pertikaikan kenapa ada cas COD apa semua.

Semoga runner2 di luar sana sentiasa diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki hendaknya

Perkara yang dikongsikan di Twitter mendapat pelbagai reaksi dan komen dari netizen. Rata-rata memuji sikap ibu wanita berkenaan yang sudi membantu lelaki terbabit bagaikan seorang anak.

Alhamdulillah there’s still good people like you. Thank you for doing that!!!

Just one more thing, kalau beli makanan harga RM18 mcm tu. Bagi jela lagi baki 2 ringgit tu kalau ada RM20 je. Ye, memang dh ada delivery fee but that extra RM2 could mean something for them.

Bayaran dah termasuk, tapi berg4ntung budi bicara. ada yang bagi tips, makanan tu bagi sikit. Kira macam bersedekah.

Nampak la mak yg jahit, sbb selalunya mak mak akan pilih benang sama colour dgn kain yg terkoyak

huhuhu.. btw, dekat beg tu ada tali untuk direct ikat pada motor. Tanpa tali sandang tu boleh lagi guna.. Thanks to your family atas keprihatinan kepada rider delivery. Semoga usaha kalian diberkati.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Warta Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*