Selepas 8 bulan timang cahaya mata perempuan, isteri Jamal Abdillah kini hamil 10 minggu

PENYANYI legenda Datuk Jamal Abdillah berkongsi berita gembira apabila isterinya Datin Zai Izzati Khiruddin kini hamil anak kedua mereka.

Seperti dipetik Harian Metro, Jamal, 61, berkata, dia membawa isterinya menjalani pemeriksaan selepas mengalami alahan serta tidak datang bulan.

“Rezeki teman (saya). Udah (sudah) 10 minggu. Adui.

“Pengesahan diterima dua hari lalu, tapi belum nampak jantina,” katanya.

Jamal bersama isteri dan anaknya Nur Azura yang kini berusia lapan bulan.

Pasangan ini berkahwin pada 1 April 2017 dan dikurniakan anak perempuan Nur Azura Yamani pada 10 Oktober lalu.

Jamal turut mempunyai anak lelakinya daripada dua perkahwinan terdahulu iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13, turut gembira dengan kelahiran Azura.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*