“Hello Ini Isteri Kamu Yang Kedua” Gelagat Almy Dan Fizz Fairuz Live Sama Mimi Peri Bikin Berdekah

Sejak akhir-akhir ini, pasangan selebriti Almy Nadia dan Fizz Fairuz sering sahaja memuatnaik video keluarga mereka. Kadang-kadang gelagat ‘masuk air’ Fizz Fairuz juga cukup menghiburkan peminat mereka.

Malah ada salah satu video dikongsikan oleh Almy Nadia memaparkan gelagat suaminya itu yang mengajuk gaya percakapan individu dikenali sebagai Mimi Peri membuatkan ramai tertawa. Buat hal betul!


Video yang dikongsikan Almy Nadia beberapa hari lalu itu membuatkan ramai berdekah termasuklah rakan selebriti. Untuk info, Mimi Peri adalah seorang lelaki yang melakonkan watak wanita yang berasal dari Indonesia. Mimi Peri sering berkongsikan perangai ‘g1la-g1lanya’ menerusi media sosial dan kebanyakannya menjadi tular sehinggakan namanya kian dikenali ramai.

Terbaru, pasangan ini membuat live di Instagram dengan menemukan Fizz Fairuz dengan Mimi Peri. Video live Fizz Fairuz sama Mimi Peri itu kemudiannya dikongsikan semula oleh Instagram Meletop dan menjadi bualan h4ngat netizen.

 

View this post on Instagram

 

Aduh pecahhh! 🤣 bila nak jenguk puteri kayangan ni @fizzfairuzofficial? 😆 #MeleTOP . 📹 @mimi.peri

A post shared by MeleTOP (@meletop) on


Adoi, memang berdekah betul tonton gelagat mereka ini sehinggakan Fizz Fairuz tidak dapat menahan untuk ketawa! Biarpun perkongsian Fizz Fairuz live sama Mimi Peri itu hanya sedikit dari siaran langsung tersebut, namun ia berjaya meraih lebih 50 ribu tontonan dan 15 ribu likes tidak sampai sejam dimuatnaik.

Rata-rata netizen turut sama terhibur dan meninggalkan reaksi mereka itu di ruangan komen seperti berikut:

“Ahahahahaha weh buat hal la”

“Uish gila la..Dapat live dengan mimi peri”

“Hahaha ini serius lawak”

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Instagram Meletop / Instagram Almy Nadia/Media Kita

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*