Selepas gagal bayar pelakon, Kak Ogy buat hal lagi. Man makin b3ngang

Penyanyi Syura Badron mengakui perkongsian mengenai doa orang dianiaya yang dimuat naik di Instagramnya mempunyai kaitan dengan isu tidak menerima tunggakan bayaran daripada penerbit teater Korupsi Dewan Semandung.

Menurut Syura atau Zuraidah Badron, 34, tujuan dia berkongsi perkara itu bukan kerana ingin membuka aib mana-mana pihak namun hanya menuntut haknya dan rakan-rakan selebriti serta kru yang terlib4t dalam pementasan tersebut.

” Saya memang terasa dian1aya dan itu yang saya rasa sebagai seorang artis yang sudah menjayakan teater itu seperti yang diminta.

” Walaupun saya terlibat pada saat akhir tapi saya sudah jalankan tanggungjawab.

” Mungkin ada pelakon dan kru yang sudah menerima 30 peratus tapi sehingga kini saya hanya dapat 6 peratus.

” Ada yang masih belum menerima apa-apa pembayaran yang mana mengikut perjanjian kontrak, bayaran 60 peratus patutnya sudah diterima satu hari sebelum persembahan berlansung.

” Pada mulanya saya dan beberapa rakan artis yang terlibat tidak mahu hebohkan perkara ini atau membuka a1b memandangkan nama kak Ogy sangat besar dalam industri malah dia juga seorang yang disegani dalam dunia lakonan.

” Tapi sudah hampir dua bulan kami tidak menerima bayaran penuh yang sepatutnya dalam perjanjian kontrak perlu diberikan pada 16 Mac lalu.

” Jadi, apa yang saya dan rakan lain buat untuk tuntut hak kami sahaja,” katanya kepada mStar

Man Raja lawak juga melahirkan rasa terkilan dengan tindakan Kak Ogy yang masih belum melunaskan baki bayaran RM10K milik beliau. Kak Ogy juga dikatakan telah bl0ck akauan Ig untuk semua pelakon teater

Kak Ogy Bl0ck Semua Orang

“Nape ek #kakogyahmaddaud block smue pelakon2..kru2..musican yg terlibat dlm teater @korupsidewansemandung kalau dia di pihak yg benar..spe yg jadi mangsa ni??? kami ke dia?? Kelakar pun ade gak pasal 2 bulan berdolak dalih..kitaowg sabar dan beri peluang akhir nya ini yg kami dapat?? Baki 10k baik saya bagi kat mereka yg betul2 tgh susah dari bagi kat akak yg MENYUSAHKAN smue org”

Menerusi laporan mStar pada Jumaat, penulis skrip teater itu iaitu Aloy Paradoks mendedahkan dia masih belum menerima baki tunggakan bayaran daripada penerbit Fauziah Ahmad Daud atau Ogy.

Sempena di bulan yang mulia ini, diharapkan semua pihak dapat menyelesaikan perkara ini dengan baik

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: M.B

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*