Adik tersalah cakap, Ini kata2 padu Abang Kepada Muzaffar Jakel

Siapa saja yang tak kenal dengan gudang Jakel tekstil kan? Setiap hari perayaan, gudang ini sering menjadi perhatian dan dibanjiri dengan manusia untuk membeli-belah di sana. Pemiliknya bernama Mohamed Jakel telah meluaskan sayap perniagaannya sebagai antara peneraju utama industri tekstil negara. Empayar Jakel telah berkembang maju dan mempunyai beberapa cawangan di seluruh Malaysia

Syarikat Jakel antara perniagaan yang mengumumkan bahawa gedung mereka bakal beroperasi semula pada 4 Mei ini.

Namun, ramai mula menunjukkan perasaan tidak senang atas pembukaannya ekoran wabak C0V1ID-19 ini masih lagi belum red

Muzaffar Jakel dilihat memuat naik status di Instagram miliknya ekoran orang ramai mula mempertika1kan tindakannya untuk menjalankan perniagaan 4 Mei ini sehingga beliau t3ruk dik3cam netizan

Muzaffar Jakel, adik bongsu Jakel yang dididik berkerja di Gudang & Kedai sehingga lebih 15 jam ada juga sehingga berhari tanpa tidur adalah contoh yang semua patut ambil untuk  didik kehidupan agar tidak bergantung dengan kemewahan keluarga.

Info menarik

** Adik kepada Datuk Faroz, Pemilik Gedung Tekstil Terkemuka Jakel

** Kakak Ipar beliau, Datin Farah Haryani Muhammad Philip  iaitu Isteri kepada Datuk Faroz, merupakan Pengarah Pemasaran Ariani Textiles & Manufaturing (M) Sdn Bhd

Berikut sedikit Info Mengenai Muzaffar yang sebelum ini dia pernah menceritakan perihal kehidupan melalui satu posting di IG

Bukan Lahir Dalam Dulang Emas

Menurut Muzaffar, ramai menggangap dia lahir dalam dudang emas, tapi sebenarnya dia telah melalui hidup yang svsah dan sehingga kini banyak kemahuan beliau yang belul dipenuhi kerana tidak di izinkan oleh keluarga. Beriktu luahan beliau

Orang sentiasa cakap saya ni lahir dalamdulang emas. Sebenarnya mereka salah, saya hidup dalam kesusahan sampai ke sekarng kemahuan saya sentiasa tidak tercapai kerana family saya tidak izinkan, dan mereka ingin  saya merasa kesusahan yang pernah mereka lalui ketika dahulu

Ikut nasihat keluarga

Sewaktu umur saya..saya sentiasa ikut arahan yang telah di arahakan oleh  keluarga saya hanya mampu bersabar sahaja saya tahu one day saya akan dapat apa yang saya inginkan  kebanyakan orang zaman sekarang kalau family beri arahan atau nasihat mereka tidak pernah ikut atau dengar sebab mereka rasa mereka betul. bagus boleh buat keputusan sendiri tanpa keluarga  saya ingin beritahu kepada anda bahawa keluarga makan garam dahulu so ikut apa yang keluarga putuskan untuk anda sebab keluarga sentiasa nak yang terbaik untuk anda semua

Melalui ruangan komen, Dato Siti juga memuji sikap berdikari yang ditunjukkan oleh Muzaffar

Kisah Perniagaan Jakel

Jakel mula ditubuhkan pada tahun 1985 di sebuah premis kecil yang terletak di Segamat, Johor. Pada mulanya ia menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan oleh pengasasnya Mohamed Jakel dengan hanya bermodalkan RM30 dan dua pekerja. Seterusnya, ia telah mengembangkan perniagaan dan mula membuka premis di Kuala Lumpur pada tahun 2008.

Ternyata usaha melebarkan perniagaan ke ibu negara membuahkan hasil yang lebih lumayan. Ini kerana nama Jakel bukan hanya menjadi sebutan para pelanggan golongan biasa, malahan ia turut dipilih sebagai gedung tekstil kegemaran golongan ternama dan pereka fesyen tanah air. Apa yang membuatkan Jakel mudah diterima ramai ialah kerana konsep mesra pelanggan yang diterapkan oleh syarikat itu.

Buktinya pada hari ini Jakel muncul sebagai syarikat pengimport dan penjual utama produk tekstil untuk pasaran tempatan dan luar negara. Dengan memperluaskan lagi pemasaran Jakel, syarikat ini mendapat hak eksklusif menjual jenama-jenama kain terkenal antaranya Valentino, Pierre Cardin, Roberto Cavalli dan Emanuel Ungaro. Bagi kumpulan fabrik yang tidak berharga mampu milik, pelanggan boleh memilih fabrik seperti sutera Korea, sutera sulaman Thai, sifon bermanik dan bermacam-macam lagi.

“Saya minta maaf…”Muzaffar Jakel

Ekoran terlanjur kata sebelum itu, Muzaffar Jakel memohon maaf diatas postingnya itu yang membuatkan ramai orang salah faham.

“SOP JAKEL”

Muzaffar Jakel turut menjelaskan SOP yang bakal dibuat oleh gedung mereka apabila perniagaan bakal dijalankan kelak.

Tidak cukup dengan itu , dia sekali lagi memohon maaf di laman Facebooknya kerana memperlihatkan netizen masih lagi tidak berpu4s hati dengannya.

Salam semua maafkan saya saya hanya insan biasa. Saya sekali lagi memohon maaf diatas kekhilafan dan keterlanjuran yang dikatakan dlm IGS posting.

Apa yg saya ingin nyatakan adalah kesalahan saya kerana saya secara tak sengaja menggunakan ayat yang tidak saya sepatutnya digunakan.

Saya bukan shareholder atau owner Jakel..

Dia turut menjelaskan bahawa dia hanyalah bekerja di Jakel yang dimiliki oleh abangnya itu.

Segala kata-kata yang keluar daripadanya ialah kenyataan peribadinya dan tidak berkaitan dengan syarikat Jakel.

Dia jugak k3sal mengunakan ayat yang tidak sepatutnya digunakan olehnya.

Saya ingin jelaskan juga, saya hanya bekerja dgn syarikat abang saya. Saya bukan shareholder atau owner Jakel. Kenyataan yg dikeluarkan oleh saya adalah kenyataan peribadi dan bukanlah mewakili dari kenyataan syarikat Jakel.

Sempena di bulan yg penuh barakah ini, saya dgn rendah diri memohon maaf sekali lagi atas keterlanjuran saya dlm mengeluarkan kata kata yg menyinggung perasaan ramai pelangan2 Jakel dan nitizen . Maaf zahir batin.

Biodata Datuk Faroz Jakel 

Siapa yang tidak mengenali usahawan hebat tempatan bernama Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel atau lebih mesra disapa Datuk Faroz ini. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) merangkap pemilik kepada gedung tekstil terkemuka tanah air, Jakel.

Selepas ayahnya meninggal dunia pada tahun 2009, anak jati Johor ini mula mengambil alih perniagaan sambil dibantu oleh adik-adiknya yang lain. Dengan kewibawaannya sebagai pemimpin, pelbagai kejayaan telah dilakar oleh Jakel di dalam dan di luar negara.

Antaranya, Anugerah Jenama Antarabangsa Terbaik di The 7th Middle East Business Leaders Awards 2016, Gedung Tekstil Terbesar Di Dunia 2016 oleh Yayasan Jenama Terbaik serta Anugerah Penjenamaan Korporat di Anugerah The BrandLaureate – Jenama Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) 2014.

Kejayaannya dalam dunia bisnes sedikit sebanyak memberi inspirasi dan motivasi kepada golongan usahawan muda untuk berjaya.

Isteri Kesayangan Bos Jakel, Datin Farah Haryani

Siapa yang biasa dengan hijab jenama Ariani pasti akan mengenali pemilik wajah jelita ini. Datin Farah Haryani Muhammad Philip yang juga merupakan Pengarah Pemasaran Ariani Textiles & Manufaturing (M) Sdn Bhd ini memang seorang yang begitu murah dengan senyuman. Malah kelembutan suara dengan kejelitaan wajahnya membuatkan mata tidak puas memandang. Ketika ditanya rahsia atau petua menjaga kecantikan, beliau tersenyum memberitahu hasil amalan pilates yang dilakukannya.

Datin Farah Haryani, Dari Seorang Guru Sehingga Bergelar Usahawan Ariani

Siapa sangka, pemilik jenama Ariani yang terkenal di Malaysia, Datin Farah Haryani Muhammad Philip memulakan kerjayanya sebagai seorang guru Bahasa Inggeris.

“Saya memulakan langkah kerjaya sebagai seorang guru. Saya sangat gembira dan gemarkan profesion tersebut dan sehingga kini, masih ada anak murid yang menyapa saya dengan panggilan cikgu.

“Namun begitu, ketika bertugas sebagai seorang guru, saya sukar mahu berjumpa dengan suami. Ketika cuti persekolahan, suami saya, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel sibuk dengan tugasnya di gedung Jakel.

“Selepas lima tahun bertugas, saya memutuskan untuk meletakkan jawatan bagi memberikan fokus terhadap rumah tangga,” ujarnya dalam episod terbaharu Inspirasi Taqwa.

Ketika melalui kehidupan sebagai suri rumah tangga, Farah yang semangnya sukar untuk duduk diam datang dengan satu idea.

“Saya sudah biasa bekerja. Ketika itu, timbul pula idea untuk saya membantu perniagaan yang dijalankan oleh suami. Apa kata saya menolong apa yang saya boleh. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan bermula dari detik itu, muncul jenama Ariani,” katanya lagi.

Tambah Farah, dia juga berdepan dengan dugaan dengan perniagaan, lebih-lebih lagi menjelang waktu perayaan seperti kedatangan bulan Ramadan dan Syawal.

“Dugaan semestinya ada. Kedatangan musim perayaan besar seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri memang mencabar. Staf harus berhadapan dengan tekanan dan pelbagai karenah pelanggan. Pada masa yang sama, mereka masih lagi menjalani ibadah puasa.

“Apa yang saya lakukan adalah memberikan motivasi kepada staf. Bagi saya, sebagai ketua, kita harus berperanan dalam mengawal selia pekerja dalam keadaan positif dan mengawal keadaan dalam cara yang baik agar semuanya berjalan lancar,” katanya lagi.

p.s: Semoga apa yang berlaku ini menjadi  pengajaran berguna kepada Muzaffar Jakel untuk menjadi lebih matang, kerana keluarga beliau mempunyai nama besar dalam industri tekstil.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Trending Sangat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*