‘Tak Jawab Panggilan, Whatsapp.. Kini Saya Telah Disek4t’ – Khir Rahman

Pelakon berbakat Khir Rahman menerusi Twitter meluahkan rasa terkilan dengan produksi Ogy Ventures & Network yang didakwa gagal melunaskan baki bayaran pelakon teater Korupsi Dewan Semandung. Difahamkan, pementasan arahannya itu telah berlangsung di Istana Budaya pada 28 Februari sehingga 1 Mac lalu.

Fauziah Ahmad Daud selaku penerbit walau bagaimanapun mengakui masih mencari jalan untuk menyelesaikan masalah dan tidak pernah lari daripada bertanggungjawab. Menjawab kepada kenyataan tersebut, Khir Rahman mend4kwa selain panggilan telefon dan Whatsapp tidak dibalas, dia juga telah disek4t.

‘Saya telah kena blocked’

Tak gemar dengan apa yang jadi

Menurut pelakon dan pengarah ini lagi, dia bukanlah seorang yang gemar berkongsi mengenai hal-hal sebegini di laman sosial. Namun, hal ini sudah kerap kali berlaku dalam produksi teater. Katanya lagi, produksi Fauziah Ahmad Daud adalah salah satu contoh kegagalan melunaskan janji dan bayaran.

Pesanan sebelum ini jadi kenyataan

Selaku pengarah teater, dia berasa bertanggungjawab menuntut bayaran bagi semua pihak yang terl1bat. Dia juga memohon maaf di atas perkongsian ini dan akan terus memuat naik perkembangan selagi bayaran tidak diterima.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Khir Rahman/OhBulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*