Terkilan Disek4t Ogy Di IG, Akhirnya Khir Rahman Buka Mulut, Dua Hari Dah Hilang Dari Radar!”

SUSULAN isu bayaran teater Korupsi Dewan Semandung masih tidak diterima, pengarahnya Khir Rahman pula tampil mended4hkan Fauziah Ahmad Daud telah menyekat mereka yang terlibat daripada laman Instagram.

Khir atau Khairulizam Abdul Rahman, 47, berkata Fauziah atau Ogy selaku penerbit menghilangkan diri sejak Khamis lalu selepas didesak untuk melunaskan tunggakan bayaran yang sepatutnya mereka terima.

“Setelah tidak menjawab panggilan saya, tidak menjawab di WhatsApp, baik personal mahupun kumpulan, ini adalah posting terakhir kak Ogy yang boleh saya lihat dan komen di Instagramnya.

Antara status yang dimuat naik Khir di Twitter.

“Kini saya telah disek4t malah komen-komen juga dipad4m. Ya begitulah tajuknya, yang dia tidak lari. Akib4t dari persoalan dan tuntutan yang bertalu-talu, akhirnya sekitar dua hari lalu kak Ogy hilang kata-kata, hilang dari radar baik personal mahupun kumpulan WhatsApp.

“Dan malam ini hampir semua kami disekat dari IG dia. Maka buat masa ini, kerisauan dan nasihat-nasihat tampak semakin jelas,” tulis Khir di Twitter dengan berkongsi paparan skrin artikel bertajuk Ogy tidak melarikan diri seperti did4kwa.

Sebelum ini, beberapa pelakon teater tersebut memuat naik status di laman sosial mend4kwa Ogy mendiamkan diri selepas didesak untuk melunaskan bayaran tersebut.

Saya nyatakan ini kerana perangai dan sikap juga memainkan peranan dalam memuncakkan lagi rasa tak sedap hati dan ketidakpercayaan kami.

KHIR RAHMAN

PENGARAH DAN PELAKON

Namun, Ogy yang juga pemilik Syarikat Ogy Ventures & Network Sdn Bhd, menafikan tindakan berdiam setiap kali diaju pertanyaan mengenai isu bayaran sebagai percubaan melarikan diri.

Dalam pada itu, Khir turut menjelaskan situasi sebenar yang berlaku sehingga mencetuskan kemelut berkaitan pembayaran.

“Cerita bermula apabila bayaran kedua tidak tepati masa. Ditambah pula dengan beberapa cerita dan nasihat kawan-kawan berpengalaman supaya berhati-hati dengan soal bayaran.

“Malah ada antara kami yang langsung belum terima apa-apa pembayaran, kami rasa tak sedap hati dan desak untuk bayaran kedua ini.

Barisan pelakon teater Korupsi Dewan Semandung.

“Demi kelangsungan persembahan malam terakhir, kak Ogy buka surat perjanjian baru bahawa segala-galanya akan dilunaskan pada 16 Mac iaitu dua minggu selepas tarikh akhir persembahan.

“Pendek cerita, gagal! Ketika itu alasan yang diberikan adalah dari pihak RedTix. Maka pesan-pesan dan nasihat sebelum ini seolah semakin menjadi kenyataan namun melalui janji baru kami masih pertaruh harapan,” katanya.

Tambah Khir lagi, mereka mula hilang kepercayaan apabila Ogy gagal menepati janjinya dengan memberi alasan berhadapan dengan masalah duit, pinjaman bank dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Pendekkan cerita lagi ianya gagal dan gagal atas alasan duit tak ada, pinjaman, PKP dan lain-lain. Ketidakpercayaan sebenarnya telah wujud dan kini memuncak.

Syura ded4h hanya terima 6 peratus daripada bayaran yang sepatutnya diterima.

“Saya belum mahu bercerita berkenaan perangai atau sikap. Saya nyatakan ini kerana perangai dan sikap juga memainkan peranan dalam memuncakkan lagi rasa tak sedap hati dan ketidakpercayaan kami.

“Saya sendiri pun pernah memanggil kak Ogy sebagai pemain dalam filem dan drama saya. Akib4t dari rasa yang memuncak sebagai ‘kepala’ dan pengarah, saya berasa bertanggungjawab pada semua yang terlibat.

“Ya semua semua department sampai ke kru dan akak katering agar terus bersabar dan berbahasa dengan baik walaupun kami semua setuju tapi jelas kami hanya manusia,” ujarnya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*