Ibu Neelofa Padam Posting Dan Edit Semula. Tapi Apa Yang Dia Tulis Mula-Mula Tadi Dah Pun Tersebar

Peminat pelakon dan pengacara terkenal Neelofa akhirnya menerima berita yang paling dinanti-nantikan apabila berita mengesahkan selebriti kelahiran Pasir Mas Kelantan itu telah dirisik oleh pendakwah bebas PU Riz.

Kisah dan gosip percintaan antara Neelofa Mohd Noor, 31 dan Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, sudah lama menjadi teka-teki ramai apabila ahli keluarga Neelofa beberapa kali ‘terkantoi’ berkongsi posting di laman sosial.

Penampilan terkini Neelofa yang sudah berniqab juga menjadi perbualan ramai apabila ramai yang beranggapan beliau kini sedang rapat dengan PU Riz yang sememangnya dikenali sebagai seorang pendakwah.

Segalanya terjawab hari ini apabila keluarga Neelofa menerima kunjungan keluarga PU Riz bagi menyempurnakan acara merisik.

Majlis juga diadakan secara sederhana dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat pasangan berkenaan dan menerima sebentuk cincin sebagai tanda dia sudah disunting.

Paling mengujakan, Neelofa dan PU Riz juga difahamkan bakal disatukan sebagai suami isteri pada penghujung Mac 2021.

Ibu Neelofa edit posting asal

Sementara itu, menerusi satu semakan di Instagram, ibu Neelofa iaitu Noorkartini Noor Mohamed dilihat telah memuatnaik satu hantaran meluahkan rasa syukur berkenaan hari bahagian itu.

Noorkartini antaranya menulis “Saat yang ku tunggu2 dah pun tiba, kau hadirkan insan istimewa yg bakal membimbing bidadari kesayangan ku..”

Meskipun tidak menyatakan siapa insan yang bakal membimbing anaknya Neelofa, namun perkara sudah jelas dan Noorkartini sendiri berkongsi gambar bersama PU Riz.

Bagaimanapun semakan sekali lagi mendapati Noorkartini telah memadam hantaran asal terbabit dan menggantikannya dengan meletak emoji tanda hati sahaja.

Tapi hantara asal sudah tersebar, berikut hantaran asal ditulis ibu Neelofa

Namun hantaran asal sudah pun tersebar dan turut dikongsikan oleh beberapa portal hiburan terkenal.

Berikut hantaran ditulis Noorkartini.

” Bismillahhirohmanirohim

” Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. syukur ku padamu Ya Rabb .. saat yang ku tunggu2 dah pun tiba, kau hadirkan insan istimewa yg bakal membimbing bidadari kesayangan ku..

“Aaku yakin dgn ketentuanmu, yang mana insan ini dapat membahagiakannya, dapat menyerikan dan melengkapi hidupnya,yang akan menyokong setiap apa saja urusan nya..

“Ya Allah jadilah mereka penyebab kami menjadi tetamu istimewamu disyurga mu nanti .. amiinn

” Neelofa ku sayang, jantung hatiku, intan permataku, setiap detik dan setiap saat mama mendoakan yang terbaik untuk mu sayang .. mama love you very much,” tulis Kartini.

 

View this post on Instagram

 

❤️

A post shared by Noor Kartini Noor Mohamed (@noorkartini) on


Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : https://www.asiakini.com/2020/11/01/ibu-neelofa-edit-hantaran/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*