“Pakai Tudung Nampak Baik, Hati Bvsuk Macam Sy4itan!” – Benci Usu, Uyaina Arshad Jadi M4ngsa

Peminat drama bersiri Perempuan Tanpa Dosa ‘naik h4ntu’ dengan watak Usu Sakinah lakonan aktres Uyaina Arshad.

Usu kini dibenci peminat kerana karakter yang pada awalnya baik kini bertukar menjadi per4mpas.Tidak hanya berselindung di sebalik wajah ayu, kuat agama, bersangka baik dan menerima takdir, karakter Usu bertukar menjadi seorang wanita yang bvsuk hati.

 

View this post on Instagram

 

Point out one thing about this picture! Go! 😛 #UyainaArshad

A post shared by UA (@uyainaarshad) on


Malah Usu juga sanggup merampas Rizal dari Lily dan menawarkan diri untuk menjadi pengganti wanita itu.

Menerusi tinjauan di laman sosial, banyak peminat drama bersiri yang kini hangat ditayangkan di Astro Ria ini mula meluahkan rasa menyampah dan s4kit hati melihat perangai Usu yang pentingkan diri sendiri selain mengkhi4nati Lily.

Walaupun episod baharu Perempuan Tanpa Dosa bakal ditayangkan esok (Isnin) namun rasa geram penonton menyebabkan Usu mula menerima kec4man.

Selain Uyaina, drama arahan Michael Ang ini dibintangi oleh Kamal Adli, Uqasha Senrose, Zac Zaky, Yusuf Bahrain dan ramai lagi.

Drama yang diadaptasi daripada novel dengan judul yang sama karya Fatinilam Sari Ahma ini mengisahkan perkahwinan terpaksa dua jiwa Rizal (Kamal Adli) dan Lily (Uqasha Senrose) akib4t permintaan orang tua.

Bagaimana kehadiran Eddie (Zac Zaky) dan kekasih lama Usu Sakinah (Uyaina Arshad) mampu menyatukan hati Lily dan Rizal kembali.

Kehadiran orang ketiga, isu kekeluargaan dan konflik percintaan menjadi tonggak utama bagi drama yang bakal meruntun jiwa ini.


Saksikan Perempuan Tanpa Dosa di slot MegaDrama setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Ria (124) dan Ria HD (104).

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*