Pernah Kecoh Bertunang Dgn Suami Orang, Harini Alya Iman Luah Tentang Azmil Mustapha Bikin Ramai Seb4k

PELAKON baharu Alya Iman meluahkan rasa rindu terhadap Allahy4rham bapanya iaitu pelakon era 80-an, Azmil Mustapha yang meningg4l dunia dua tahun lalu.

Pemergian pelakon yang popular menerusi filem Ali Setan itu memberi kesan mendalam kepada Alya atau nama sebenarnya Nur Alya Iman Azmil, 19.

Alya yang juga anak bongsu kepada Azmil berkongsi mengenai perjalanan hidupnya selama 17 tahun bersama arw4h bapanya.

Alya berkongsi luahan itu di laman Instagram miliknya.

“Saya kehilangan kekuatan saya pada dua tahun lalu, dia satu-satunya penyebab saya jalani hidup setiap hari. 17 tahun yang luar biasa hidup bersama dia melalui semua pencapaian dan kesusahan saya.

“Ada ketika di mana kita hanya ada sekeping roti untuk dimakan dan terpaksa bekerja siang dan malam, tapi ada juga hari kita nikmati makanan kegemaran bersama dan pergi berjalan-jalan.

“Bagi saya, kehidupan hanya bekerja keras untuk dia dan menyediakan apa yang saya mampu. Tapi selepas dia meninggalkan kita, saya tidak tahu apa sebenarnya kehidupan sehingga hari ini,” katanya.

17 tahun yang luar biasa hidup bersama dia melalui semua pencapaian dan kesusahan saya.

ALYA IMAN

PELAKON

Alya yang pernah bergandingan dengan pelakon Syafiq Kyle dalam drama Senafas Rindu itu berkongsi luahan tersebut dengan memuat naik foto kenangan bersama Allahyarham di laman Instagram miliknya.

Luahan tersebut dimuat naik sempena menyambut ulang tahun kelahiran bapanya yang ke 67 tahun pada 31 Oktober lalu.

Allahyarham Azmil meningg4l dunia pada Februari 2018 ketika usia 65 tahun di kediaman keluarga di Shah Alam akibat ser4ngan j4ntung.

Alya sentiasa ingat pesanan arwah bapanya.

Dalam pada itu, Alya mengakui arwah bapanya sentiasa mengajarnya supaya meletakan kepercayaan kepada Allah.

“Dia mengajar saya bahawa Allah swt akan sentiasa ada untuk anda melalui semuanya kalau anda sentiasa percaya kepadaNya.

“Hari ini (Sabtu) sepatutnya usia dia sudah mencecah 67 tahun kalau dia masih hidup, Allah mengetahui saya berharap dia masih ada, saya terlalu rindukannya, Al-Fatihah,” ujarnya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*