Peguam Aliff Syukri rayu SPRM lepas aset-aset yang dibeku

KUALA LUMPUR – Dua peguam usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman merayu Suruhanjaya Pencegahan R4suah Malaysia (SPRM) supaya melepaskan aset-aset yang telah dibekukan badan penguat kuasa undang-undang itu sebelum ini.

Menerusi sepucuk surat yang ditujukan kepada Ketua Pengarah SPRM, Datuk Seri Azam Baki, kedua-dua peguam berkenaan, Hasshahari Johari Mawi dan Mohd Tajuddin Abdul Razak memohon agar aset milik Aliff dan isterinya, Nur Shahida Mohd Rashid yang diramp4s dan dis1ita pada 1 Oktober lepas dilepaskan.

Katanya, mereka merupakan peguam yang dilantik bagi urusan-urusan hal ehwal perundangan yang berkaitan dengan pasangan terbabit yang juga jutawan kosmetik itu.

Berdasarkan maklumat dalam surat berkenaan, permohonan pelepasan aset-aset itu dibuat menurut peruntukan Seksyen 44(1) Akta Penggubahan Wang Har4m dan Pembiayaan Kegnsan (Akta 613).

Terdahulu, Aliff Syukri telah menafikan d4kwaan beliau terbabit dalam kes peni1puan Mac4u Sc4m.

Beliau sebaliknya memberitahu sentiasa berusaha mencari rezeki halal selain membantu mereka yang terjejas ekonomi akib4t Cov1id-19.

Selebriti kontr0versi itu meminta orang ramai agar tidak membuat tuduhan melulu ke atas perniagaan yang didakwanya diusahakan secara halal.

Sebelum ini, SPRM sudah membekukan lebih RM80 juta daripada 730 akaun bank dan meny1ita wang tunai berjumlah RM5 juta berhubung pengubahan wang yang turut mengaitkan beberapa selebriti.

Turut dir4mpas, sebanyak 23 kenderaan mewah pelbagai jenama serta motosikal berkuasa tinggi yang dipercayai dibeli hasil daripada aktiviti jvdi dalam talian tempatan.

Sindiket cuci wang itu dipercayai melaburkan wang daripada aktiviti kegiatan berkenaan ke dalam perniagaan dijalankan selebriti dan personaliti terkenal tanah air serta usahawan kosmetik tempatan. – MalaysiaGazette

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : malaysiagazette

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*