Penonton T4k Puas Hatii suara macam ni boleh menang

Pendatang baru industri muzik, Nuha Bahrin  menerima reaksi pelbagai di kalangan wargamaya di laman Instagram (IG)

miliknya sejurus membuat persembahan di program hiburan, Vokal Mania pada Sabtu.

Dalam saingan episod kedua, Nuha yang merupakan salah seorang daripada 24 penyanyi amatur (dikenali sebagai rookie)

membuat persembahan solo dengan lagu Kekasih Awal & Akhir yang dipopularkan oleh Datuk Jamal Abdillah dan Di Matamu (Sufian Suhaimi) dalam pusingan duet bersama Tomok.

Bagaimanapun, nyanyian bintang muda ini mendapat kritikan kebanyakan netizen yang rata-ratanya menyifatkan ia dibawa kurang kemas oleh penyanyi terbabit.

Lihat Video di Bawah Sekali

Pun demikian, masih ada yang turut memberikan kata-kata semangat buat Nuha dan meminta agar penyanyi berkenaan untuk membuat persembahan lebih baik selepas ini.

Terdahulu, Vokal Mania menyaksikan 24 orang penyanyi amatur bertanding dengan empat penyanyi profesional (dikenali Idol) yang berpengalaman iaitu Tomok, Indah Ruhaila, Aina Abdul dan Lan Solo.

Setiap persembahan penyanyi sama ada profesional dan amatur akan dinilai 100 peratus oleh Misha Omar dan Yusry Abdul Halim selaku juri tetap.

Pada masa sama, penonton di rumah boleh mengundi Rookie untuk anugerah ‘Rookie Star Award’ dan peratusan undian adalah 70 peratus undian awam dan 30 peratus lagi, juri tetap.

Anugerah tersebut berjaya disandang Nuha minggu ini.

Semua Rookie pula akan dibahagikan kepada enam episod, yang mana memperlihatkan seramai empat orang Rookie akan membuat persembahan di setiap episod.

Ini untuk berentap dengan empat Idol dipilih secara solo dan duet bagi mengumpul mata.

Dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Azira Shafinaz selaku hos bersama, kesemua mereka bertanding untuk memenangi wang tunai terkumpul sebanyak RM80,000.

Vokal Mania bersiaran secara langsung di TV3 bermula 24 Oktober lalu setiap Sabtu, jam 9 malam.

iframe-wrapper extendsBeyondTextColumn”>

Foto : YouTube TV9 Malaysia

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*