“Sorg handsome, sorg pulak lawa” Prank Kekasih Terima Pelbagai Reaksi Warganet – Janna Nick

Pasangan pelakon popular, Janna Nick dan Dini Azan Schatzmann mendapat perhatian ramai lagi apabila satu rakaman video tular melalui Instagram.

Buat pengemar aplikasi Tiktok, pastinya mengetahui bahawa kini satu trend terbaharu yang sering menjadi pilihan pengguna apabila mereka dapat menggunakan satu filter yang memaparkan satu mesej masuk disaat merakam video.

Ternyata pelbagai versi yang menghiburkan apabila ada yang membuat prank terhadap pasangan, dan ibu mereka dan satu rakaman video Tiktok daripada Janna Nick ini juga menarik perhatian ramai apabila rakaman dia bersama kekasihnya itu turut dikongsikan dilaman Instagram Meletop.

“Korang dah prank pasangan korang guna effect ni ke belum?”

 

View this post on Instagram

 

Korang dah prank pasangan korang guna effect ni ke belum? 😆😆😆 #MeleTOP . 📸 @jannanick @dinischatzmann

A post shared by MeleTOP (@meletop) on


Rata-rata peminat merasa terhibur melihat video prank Janna Nick terhadap kekasihnya itu apabila Dini dilihat terkejut dan membuat muka terkedu selepas melihat satu mesej ketika pelakon drama bersiri Kau Aku Kita itu sedang merakam video Tiktok.

Sementara itu, video yang menarik perhatian tersebut turut ditonton ribuan kali apabila dapat menyaksikan pasangan selebriti ini bergurau.

Diruangan komen pula, warganet sempat berseloroh dan memberikan respon terhadap video tersebut apabila ada yang merasakan gelagat mereka itu comel.

“Comel dooh”

Janna Nick & kekasih

Janna Nick & kekasih

Screenshot_83

“Berubah terus muka Dini…”

Screenshot_82

Janna Nick & kekasih

 

Sumber : Instagram Meletop

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*