Ribuan Pekerja Bangladesh Tunjuk Per4sa4n Di Dhaka, Des4k Mahu Pulang Ke Malaysia

Ribuan pekerja warga asing yang pulang ke Bangladesh untuk bercuti terk4ndas akibat w4b4k c0v1d-19, mereka dilaporkan berkumpul di hadapan kementerian luar negeri pada Isnin (2 Oktober 2020) bagi menuntut untuk pulang ke Malaysia, lapor New Age.

Para penunjuk perasaan mengatakan bahawa visa sebahagian besar pekerja migran telah tamat tempoh kerana penutupan sempadan. Dilaporkan bahawa terdapat lebih dari 25,000 pekerja warga asing yang terkandas di Bangladesh disebabkan c0v1d-19.

Tujuan mereka berkumpul di hadapan kementerian luar negeri untuk menuntut campur tangan kerajaan Bangladesh agar mereka segera dapat kembali ke Malaysia untuk bekerja.

Setiausaha Luar Negeri Masud Bin Momen yang bertemu dengan kumpulan penunjuk perasaan menyatakan bahawa kerajaan akan membincangkan masalah tersebut dengan kerajaan Malaysia bagi mencari jalan penyelesaian.

Salah seorang pekerja warga asing, Md Mohiuddin mengatakan bahawa dia telah pulang ke Bangladesh pada 28 Januari dan dijadualkan kembali ke Malaysia pada 6 Mei, namun tidak dapat berbuat demikian disebabkan faktor w4b4k c0v1d-19.

Dia menambah bahawa visanya telah tamat pada 6 Mei dan sekarang dia tidak pasti dengan nasibnya dan 20 orang lagi pekerja warga asing dari kampungnya di Taltali, Barguna – adakah mereka dapat pulang ke Malaysia atau tidak?

Nazrul Kabiraj pula mengatakan bahawa dia telah menghabiskan Tk 6 juta yang dikumpulkan oleh bapanya hasil dari jualan tanah dan perhiasan ibunya untuk bekerja di Malaysia, “Saya belum dapat membayar perbelanjaan tersebut. Saya akan rugi jika tidak dapat pulang [ke Malaysia],” katanya.

Dhaka Tribune melaporkan bahawa kerajaan Malaysia memberi jaminan kepada Bangladesh untuk membenarkan pekerja mereka masuk ke Malaysia setelah mendapat persetujuan daripada majikan, walaupun visa mereka telah tamat, menurut Kementerian Luar Negeri di Dhaka.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : https://www.thevocket.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*