Netizan K0rek IG Bekas Kekasih PU Riz, Sekali Jumpa Sesuatu Yang Mengeejutkan

Desas desus mengenai hubungan Pencetus Ummah (PU) Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail dengan seorang selebriti terkenal akhirnya terjawab apabila keluarga PU Riz datang merisik usahawan itu pada Ahad lalu.

Namun, disebalik kegembiraan itu, secara tiba-tiba nama bekas kekasih pendakwah bebas itu iaitu Amal Syahmina trending di laman sosial Instagram dan Twitter.

Rata-rata netizen mendoakan supaya wanita itu terus tabah melayari kehidupan dan menemui kebahagiaan hidup. Netizen juga berharap Amal akan terus kuat dan tabah melalui ujian hidup.

Seorang pengguna media sosial ada memuat naik satu status mengenai gambar-gamabr lama bekas kekasih PU Riz. Menurut beliau, wanita tersebut mempunyai pakej yang lengkap. Gambar-gambar lama wanita tersebut dengan keluarga Pu Riz juga masih tersimpan di IG beliau

“tngok ig bekas ex Pu riz tadi ,, seriusly cantik juga orgnya , pandai masak, muka pun manis , berpendidikan pula tu, budak undang2 ni gais bukan kaleng2 pendek kata Full pakej. Dekat ig dia tadi, masih banyak gambar dia dgn Family Pu dtg rumah beraya, dgn adik beradik Pu lagi, Mmg patut lah dia rasa kecewa sbb sgt drastik. Klu PU riz pilih lofa tak mengapalah insyallah akan ada yg lebih baik, drp Pu riz. Tak semestinya seorang yg hebat dtgnya dari seorang ustaz atau PU. Yang hebat adalah cara si dia menghargai awak dan menyintai awak, dan bimbing ke syurga  Siapa yg pernah merasai dan faham akan mendoakan awak 

p/s: so warga nitizen mari sama2 kita follow ig dia sebagai tanda sokongan dan semangat tiberrr..

Sebelum ini pernah tular bila SEORANG wanita yang mendakwa dirinya bekas kekasih kepada Pencetus Ummah (PU) Riz tampil menulis surat terbuka selepas menerima pelbagai kecaman kerana mempertikaikan tindakan seorang selebriti yang digosipkan dengan pendakwah muda itu.

Gadis tersebut yang dikenali sebagai Amal Syahmina menulis kenyataan di Instagram bagi membersihkan nama setelah pelbagai berita tidak benar mengenai dirinya berlegar di media sosial.

Mengakui kesilapan kerana muat naik di Instastory baru-baru ini, Amal berkata dia tidak sewajarnya menjatuhkan hukum terhadap seseorang yang cuba memperbaiki diri menjadi lebih baik.

Dalam pada itu, netizen percaya wanita itu akan menemui kebahagiaan satu hari nanti serta dipertemukan jodoh atau pasangan yang jauh lebih baik daripada yang sebelumnya.

Terdahulu nama wanita itu menjadi bualan ramai apabila memuat naik satu kenyataan mendedahkan hubungannya dengan pendakwah itu terlerai selepas kehadiran orang ketiga.

Bagaimanapun, Amal reda dengan ketentuan yang berlaku dan ingin memulakan hidup baharu tanpa dibayangi kisah silam bersama bekas pendakwah muda itu.

Bekas kekasih PU Riz mohon maaf – “Kita tiada hak untuk hukum niat seseorang”

“Surat terbuka untuk saya dan mereka yang prihatin. Satu-satunya sebab saya buat ini kerana nak ‘move on’ dan pelbagai benda berlegar di alam maya membuatkan saya kurang selesa. Saya tidak akan bercakap lagi mengenai ini dan ingin membersihkan nama saya.

“Ya, saya mengaku salah kerana bitter. Sebagai seorang Muslim, kita tiada hak untuk menghukum niat seseorang apabila mereka sedang cuba memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

Amal tulis surat terbuka di Instagram.

“Saya sepatutnya bertindak dengan cara lebih baik. Saya ada alasan tersendiri untuk berasa sedih. Apapun saya mengaku, ianya adalah kesilapan saya,” tulisnya.

Sementara itu, Amal mendedahkan hubungannya dengan bekas kekasih terjejas selepas kehadiran orang ketiga.

“Hubungan kami diuji dengan kehadiran orang ketiga dan ia merupakan kesalahannya sendiri kerana tidak cuba mempertahankan saya.

Amal mengenali PU Riz sejak lima tahun lalu.

“Meletakkan saya sebagai satu pilihan merupakan satu hal yang tidak wajar. Apapun, anda berhak untuk memilih apa yang anda mahu lakukan dan saya hormat keputusan anda dan cuba menerimanya.

“Saya sentiasa percaya ketentuan Allah… ada hikmah masa akan datang! Saya tidak pernah menyesal mengenalinya. Dia pernah menjadi sebahagian daripada hidup saya yang menjadikan siapa saya pada hari ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Amal berkata dia menerima pelbagai sindiran daripada netizen yang berlagak seolah-olah mengetahui apa yang berlaku dalam hubungannya dengan bekas kekasih itu.

“Ada yang datang kepada saya menyindir dan memberitahu saya tidak cukup baik. Hentikan ini. Anda bukan orang yang jalinkan hubungan dengannya selama lima tahun, bukan yang rapat dengan keluarga saya.

“Yang paling penting, anda bukan orang yang berjanji kepada saya dan keluarga bahawa awak akan berkahwin dengan saya.

“Saya berharap semua orang baik-baik sahaja. Saya mahu mulakan hidup baru untuk kebaikan saya sendiri,” ujarnya.

Semalam Harian Metro melaporkan Neelofa dikatakan sudah dirisik oleh pelakon dan pendakwah, PU Riz atau nama sebenarnya Hariz Ismail dalam satu majlis sederhana yang berlangsung di kediaman keluarga selebriti dan ahli perniagaan itu.

3 Ciri-ciri lelaki idaman Neelofa

Neelofa seorang yang tegas ketika bercinta, idamkan lelaki yang boleh membawanya ke syurga selain berjanggut dan boleh memberi tazkirah setiap malam Jumaat.

Perkara ini didedahkan kakaknya, Noornabila bersama rakan mereka, Rosix dalam video Q and A time with Rosix, Bella & Lofa di saluran YouTube Rosix & Bella yang dimuat naik, hari ini.

Noornabila memberikan jawapan itu menerusi soalan ‘Cuba korang describe each other?’

“Lofa sangat komited, bekerja keras dan tegas. Tak tahu masak, tapi sekarang dah tahu. Dalam keluarga, dia bukan paling bersih, dia tidak menang ‘award’ itu. Dia juga sangat sayang anak-anak saudaranya,” katanya yang turut mengatakan Neelofa seorang yang berpendirian jika bercinta.

Menerusi video sama juga, Rosix berkata, pengacara Next To Neelofa itu seorang yang menepati waktu dan berpegang kepada kata-kata.

“Dia sangat bekerja keras. Mana dia dapat tenaga itu pun tak tahu. Dia bangun awal, tepati masa dan berpegang pada kata-kata. Kalau dia kata itu, itu lah. Pendek kata ‘strict’ (tegas). Dia boleh nampak apa nak buat pada masa depan. Dia tak kelakar, tapi dia memberi dan sangat memberi sokongan,” katanya.

Terdahulu, kisah Neelofa kembali mencuri perhatian apabila sudah dirisik oleh pendakwah bebas dan pelakon, PU Riz, Ahad lalu.

Perhubungan pasangan itu mulai menjadi sorotan warganet sejak beberapa bulan lalu sehinggalah tindakan Noornabila yang meletakkan emoji ‘love’ pada gambar Neelofa dan PU Riz pada majlis perkahwinan adik mereka menimbulkan persoalan ramai

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : http://transformasi.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*