[VIDEO] “Ny4ris Dil4nggar Kereta” – Cleopatra

Sesiapa yang mengikuti perkembangan YB Syed Saddiq pasti mengenali gadis yang diberi nama Nur Fathiah Syazwana Shahruddin ini ataupun lebih mesra dengan panggilan Cleopatra yang sebelum ini sering dilihat bersama beliau ketika memegang jawatan sebagai Menteri Belia Dan Sukan Negara.

Cleopatra Explains Real Reason Behind Meeting With Syed Saddiq | Hype Malaysia

Terbaharu, Cleopatra berkongsi satu video kejadian reverse kereta yang agak mengerikan di laman sosial Twitternya.

Melihat kepada video yang dikongsi itu, seorang lelaki sedang duduk sambil menggunakan telefon bimbit dan kebetulan ada sebuah kereta yang mahu reverse dan terlanggar dinding belakang di sebuah pusat cuci kereta.

Nasib lelaki itu baik kerana sempat bangun sebelum kejadian itu berlaku.

Dalam pada itu, Cleopatra sempat memberi pesanan kepada semua pengikutnya untuk tidak leka dan tidak berada di depan atau pun belakang kereta jika kenderaan itu sedang bergerak.

“Saya harap semua ambil perhatian. Jangan berada di belakang atau hadapan kenderaan. Semasa melintasi kenderaan yang sudah parked juga jangan sambil lewa. Nampak parked tetapi malang tidak berbau.” tulisnya

Hati-hati ya guys dan stay alert tak kira dekat mana pun korang berada.

Terima kasih Cleopatra! Satu perkongsian yang sangat baik.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : HOT.FM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*