“Dapat Lebih RM70,000…” Cikgu Fadli Bongkar Siapa Sebenarnya Makcik Maznah

SEJAK beberapa hari lalu, media sosial kecoh dengan kisah seorang peminta sedekah wanita yang dikenali sebagai Makcik Maznah.

Ia bermula apabila seorang pelayar membuat perkongsian di Twitter mengenai wanita warga emas tersebut yang ditemuinya sedang meminta sedekah di sebuah pasar raya di Batu Caves, Selangor.

Menerusi penceritaan wanita berkenaan, dia terpaksa meminta sedekah susulan suaminya baharu diberhentikan kerja gara-gara pandemik Covid-19 dan keluarganya kehilangan sumber pendapatan.

Perkongsian terbabit nyata meruntun hati netizen yang bersimpati dengan nasib wanita berkenaan, malah rata-ratanya tidak lokek memberi sumbangan ikhlas bertujuan bagi meringankan bebanan.

Bagaimanapun, beberapa komen netizen yang mendedahkan Makcik Maznah sebenarnya menyewa di sebuah hotel dan berkemungkinan seorang ‘scammer’, makin menghangatkan keadaan sehingga menarik perhatian seorang guru yang juga aktivis kebajikan, Mohd Fadli Salleh untuk menyiasat sendiri latar belakang wanita berkenaan.

Akhirnya, teka-teki serta persoalan mengenai siapa gerangan wanita bernama Makcik Maznah terjawab, selepas Mohd Fadli berjaya bertemu dengan wanita berkenaan, pada Rabu.

Mohd Fadli ketika mengadakan pertemuan bersama Makcik Maznah dan gadis yang menularkan kisah wanita berkenaan di Twitter, Awanis.

Menerusi pertemuan yang turut disertai oleh pelayar Twitter yang memvqiralkan kisah berkenaan, Awanis Rasdi, wanita warga emas itu menceritakan kisah sebenar mengenai keluarganya sehingga dia terpaksa meminta sedekah.

“Makcik ni susah sejak 2014 bila suami berhenti kerja sebagai tukang masak. Kena halau keluar rumah dan mula sewa bilik. Sejak dari itu anak berhenti sekolah.

“Mohon Baitulmal dari 2015 hingga 2016. Lepas tu stop minta bantuan sebab tak nak jadi golongan asnaf dan bergantung pada zakat orang ramai. Di sini start minta sedekah.

“Suami kerja on dan off. Kadang-kadang ada masalah kesihatan, kadangkala tempat kerja tu tak sesuai dengan cara dia bekerja (tukang masak). Sumber pendapatan utama tiada.

Coretan Mohd Fadli selepas mendengar sendiri cerita daripada Makcik Maznah.

“Memang makcik inilah akan meminta sedekah di pasar raya. Pergi dengan anak naik Grab. Anak akan tunggu di food court biasanya. Makcik ni bvta mata kanan, ada kad 0KU. Namun tak mohon bantuan tetap bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” tulis Mohd Fadli mengenai wanita berkenaan sebagaimana yang diceritakan sewaktu pertemuan tersebut.

Menurut Mohd Fadli, selepas kisah Makcik Maznah viral di media sosial, wanita itu menerima sumbangan daripada orang ramai sehingga melebihi RM70,000.

“Aku nasihatkan dia sewa rumah berdekatan sekolah, sekolahkan semula anak. Duit dah ada untuk bayar deposit dan sebagainya. Sebelum ini alasan menetap di bilik kerana tiada duit bayar deposit.

Aku nasihat dia tidak boleh selamanya meminta sedekah begini. Kes Makcik Maznah ni, dia bukan scammer. Dia memang susah dan perlu dibantu.

MOHD FADLI SALLEH

GURU/AKTIVIS KEBAJIKAN

“Aku juga minta dia hubungi JKM dan zakat untuk bantuan tetap memandangkan dia 0KU. Aku juga dah maklumkan pada pegawai pusat zakat tentang pertemuan ini.

“Juga mohon dia cari apa-apa kerja yang boleh mereka lakukan untuk pendapatan. Aku nasihat dia tidak boleh selamanya meminta sedekah begini. Kes Makcik Maznah ni, dia bukan sc4mmer. Dia memang susah dan perlu dibantu.

“Cuma sepatutnya dia daftar dengan baitulmal dan mohon bantuan bulanan JKM, itu lebih tepat berbanding meminta sedekah dijalanan. Lagi pun usia dia dah lebih 50 tahun dah,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, Mohd Fadli turut menitipkan nasihat dan memberi panduan kepada orang ramai sekiranya mereka terjumpa kes-kes seumpama Makcik Maznah.

Makcik Maznah tular selepas seorang pelayar berkongsi kisahnya di Twitter.

“Bantu segera sekadar kemampuan kita. Bagi makanan contohnya. Kedua, dapatkan info penuh tentang mereka, nombor telefon dan alamat. Ketiga, hubungi JKM, pusat zakat atau NGO terdekat, maklumkan ada sasaran yang perlu dibantu.

“Keempat, jangan dedahkan maklumat peribadi mereka pada umum. Nombor telefon, alamat, nombor akaun tak perlu dedah. Itu hanya bagi pada pihak yang ada autoriti seperti JKM dan pusat zakat.

“Banyak sumbangan masuk, pemurah belaka rakyat Malaysia, Alhamdulillah. Harap-harap makcik ni dan keluarganya menggunakan sebaik-baiknya kiriman sedekah dan sumbangan orang ramai untuk mengubah kehidupan,” tulis Mohd Fadli lagi.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*