“Kita Pukvl Kang…” Mimi Lana Kena Sound Gara2 Senyum Suami Orang

GARA-GARA membawakan watak peramp4s suami orang menerusi drama Hati Yang Tersakiti, pelakon Mimi Lana berdepan insi1den melucukan apabila dia menerima am4ran daripada seorang wanita tidak dikenali.

Mimi, 25, berkata, kejadian itu berlaku selepas dia membalas senyuman seorang lelaki di sebuah kedai makan yang dipercayai suami kepada wanita berkenaan.

Menurut Mimi, dia berasa terkejut sehinggakan tidak tahu untuk memberi sebarang reaksi terhadap kejadian itu.

“Pergi makan dekat kedai mamak, ada seorang makcik ini dengan suami dia duduk selang semeja dengan saya.

Mimi kongsi perkara itu di laman sosialnya.

“Dia senyum… saya senyum balik dekat dia. Dia nak balik, dia datang dekat saya cakap jangan senyum-senyum tengok suami dia.

“Cukup-cukup la tengok laki Mona (lakonan Nad Zainal) tu… haha. Omg! Saya tak tahu nak beri reaksi apa dekat dia,” kata Mimi.

Pemilik nama Mimi Rozaiana Zainal Abidin ini berkongsi kejadian tersebut yang berlaku baru-baru ini di laman Instagram miliknya.

Mimi turut memuat naik sedutan babak dalam episod 11 antara dia dan Remy Ishak yang memegang watak sebagai Haris iaitu suami kepada Mona.

 

Dia datang dekat saya cakap jangan senyum-senyum tengok suami dia.

MIMI LANA

PELAKON

Ruang komen di perkongsian itu dipenuhi dengan luahan kemarahan netizen termasuklah rakan selebriti iaitu Mira Filzah dan Nazim Othman yang menonton drama tersebut.

“Eh Mimi! Kita pukvl kang haaa! Haha. Geram!” komen Mira secara berseloroh.

“Rasa nak tarik saja rambut pelakon ni,” kata Nazim.

“Gi1la la cerita ni. Saya tak boleh… geram betul,” kata Elisya Sandha.

Penonton terkesan dengan watak Farah lakonan Mimi.

Lakonan Nad Zainal, Remy Ishak dan Mimi Lana dalam drama tersebut memberi kesan kepada penonton yang beranggapan ia benar-benar terjadi.

Menerusi laporan mStar pada 1 November lalu, Nad Zainal turut mendedahkan penonton terkesan dengan watak Mona lakonannya itu.

Segelintir mereka juga berkongsi perasaan sehinggakan ada yang tidak henti memberi semangat, nasihat dan sebagainya melalui mesej peribadi di Instagram.

Drama arahan pengarah Feroz Kadir itu mula ditayangkan pada 15 Oktober sehingga kini menerusi Slot Samarinda TV3.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*