PKP Tak Ada Show, Sekali Ini Yg Terjadi Pada Jamal Abdillah Sekarang

Di waktu yang amat sukar dan mencabar ini, dengan adanya perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan, memang ramai yang terkesan.

Business banyak yang tak jalan, dan ada yang dah terpaksa diberhentikan kerja, kerana kemerosotan ekonomi yang melanda.

Antara yang turut terkena tempias ialah penyanyi di Malaysia ini yang dah tak banyak jemputan nynayian, show tak seperti dulu.

Ini termasuklah penyanyi lagenda Datuk Jamal Abdillah. Memaang benar, Datuk Jamal dah tak ada banyak jemputan nyanyian dan kini datuk banyak habiskan masanya di kolam.

Pemilik lagu Azura ini sebenarnya menceburi bidang penternakan ikan hiasan jenis arowana dan juga perniagaan membekal pasir.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jamal Abdillah (@jamalabdillahofficial) on

Kerana kekurangan job di bidang seni, kini Jamal Abdillah berada di ladang kolam ikan dan menguruskan perniagaannya di Bukit Merah, Perak.

“Musim tak ada show ni, saya hanya ada lebih kurang 2 persembahan saja dalam masa sebulan, kalau bandingkan dengan dulu saya ada 8 sehingga 10 tawaran nyanyain dalam satu bulan”.

“Oleh itu, sekarang ni, saya lebih banyak luang masa dengan business saya di kolam ternakan ikan arowana ni”.

“Sebenarnya, saya dah ceburi bidang ni selama 10 tahun, dah lama buat kerja ni. Dulu saya pajak, seakrang saya dah beli. Sekarang ada 10 kolam, dan tengah nak set up 20 buah kolam”.

“Minat ikan arowana ni sejak belasan tahun. Saya ikuti perkembangan ikan ni tengok kat youtube, dan pada tahun 2009 saya mula labur dengan kolam ikan, masa tu harga lebih kurang RM400 ribu” .

“Pada awal hanya ada dua buah kolam sehinggalah sekarang ada 10 kolam dan ada lebih 200 ikan”.

Tambahnya, sebagai selebriti, Dato Jamal Abdillah memang sudah bersedia untuk menjana income selain dari menyanyi sahaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jamal Abdillah (@jamalabdillahofficial) on

“Sebagai seorang artis, tak boleh tumpu satu bidang sahaja. Selain ternak arowana, saya juga ada membekal pasir untuk construction. Jadi kalau tak ada show kita tak perlu risau”.

Memang bagus betul inisiatif dari Dato Jamal Abdillah ini, patut jadi ikutan buat artis baru dan muda, kenalah cari income lain sebagai langkah persediaan di masa depan. Semoga terus maju jaya buat Dato jamal Abdillah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : http://transformasi.pw/

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*