Sampah Berharga 2Juta

Pasangan suami isteri dari Stourbridge, England mendapat durian runtuh selepas menemui bungkusan plastik sampah berisi koleksi terhad mainan Star Wars yang bernilai 400,000 Pound Sterling (kira-kira RM2.17 juta).

Menurut laporan AFP akhbar Times, koleksi mainan itu dibuang oleh jiran mereka.

Pasangan itu pada mulanya tidak tahu apa yang perlu dibuat dengan barangan berkenaan.

Bagaimanapun, anak lelaki mereka memanggil pelelong dan mendapati koleksi mainan itu termasuk figura masih dalam keadaan baik di dalam bungkusan asalnya.

” Sebahagiannya dalam keadaan lembap mungkin kerana cara ia disimpan, namun ia koleksi Star Wars terbaik pernah saya lihat.

” Malah, kami mempunyai bilangan penggemar dan pengumpul yang ramai dari seluruh dunia dan berharap urusan jual beli berjalan dengan baik,” kata pelelong berkenaan, Chris Aston.

Menurut Aston, dia tidak pasti pasangan suami isteri berkenaan teruja atau sebaliknya dengan penemuan berkenaan

” Saya tidak tahu sama ada mereka mempunyai perancangan atau sebaliknya, tetapi penemuan itu ibarat mereka baru memenangi loteri,” katanya.

Pasangan yang tidak disebutkan namanya itu telah menjemput Aston untuk melihat sejumlah besar mainan dan komik milik Peter Simpson yang meninggalkan rumah serta barangan kepada jirannya ketika dia meninggI.

Mereka kemudian menyusun barangan tersebut namun mereka tidak tahu betapa berharganya sebilangan barang-barang tersebut, kata Aston.

Sebaik mengetahui nilai berangan tersebuy, mereka terus melompat kegembiraan.

” Sekiranya anda mewarisi sebuah rumah sekali dengan perabot di dalam rumah itu, anda mungkin menganggap rumah itu adalah nilai sebenarnya, tetapi tidak,” tambah Aston.

” Sebenarnya barang-barang di dalam rumah itu yang membuatkannya lebih berharga daripada apa yang ada di pasaran.”

” Hari pertama saya datang ke sana saya menjumpai ikon Batman yang sangat jarang ditemui, “katanya.

” Sebaik sahaja saya menjumpainya, saya terus terfikir pasti ada banyak ‘permata’ lain.

” Ini adalah jualan terbaik kami dalam tempoh 15 tahun dan juga lelongan terakhir kami kerana sekarang kami menutup perniagaan secara kekal kerana terjejas teruk oleh penutupan awal tahun ini.”

Antara koleksi yang ditemui figura Star Destoyer Commander yang dianggarkan berharga 32,500 Pound Sterling (kira-kira RM176,542).

Selain itu, terdapat juga koleksi terhad Palitoy Jawa yang bernilai 27,280 Pound Sterling (kira-kira RM148,187) dan dipercayai hanya 10 unit sahaja terdapat di pasaran.

Lain-lain yang ditemui adalah satu set terdiri daripada lapan figura Return of the Jedi yang dijual pada harga 1.59 Pound Sterling (kira-kira RM8.60) ketika dibeli lada tahun 1980-an, tetapi nilai pasarannya kini mencecah 1,400 Pound Sterling (kira-kira RM7,605).

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://www.asiakini.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*