Tegur Netizen Jaga Adab – Fizo Omar

Pelakon dan pengacara Fizo Omar telah memuat naik satu perkongsian di Instagram pada 9 November 2020, yang memaparkan screenshot dari tweet miliknya.

Melalui perkongsian tersebut, Fizo menegur segelintir netizen yang ingin bergambar dengan selebriti pada waktu yang kurang sesuai.

Dia memberi situasi ketika seseorang itu sedang makan dan dipanggil untuk bergambar.

Melalui captionnya:-

“Dah jadi public figure, thats the price we have to pay la kan. Syukur alhamdulillah masih ade peminat dan orang support kita.

Tapi common sense la, kalau tgh makan or tgh in the middle of something yg serious, ade yg siap bg insruction lagi, “awk pg ke meja sane jap, kitaorang nak bergambar” , kau bru nak suap makan ni (lagi2 tgh lapar xsempat nak makan)… hmmmm… mcm mne kau nak react ni???

Sya sebenarnya xkisah pun, malah happy jer bila kua in public dan orang nak bergambar, as a celebrity kita rasa mcm dihargai bila ade peminat nak bergambar ataupun autograph, tapi kene tgk la keadaan dan situasi.

Kalau bukan selebriti pun akan spoil juga kan bila dia tgh makan n disuruh kesana sini utk nak bergambar.

Cuma sya faham di tempat peminat, bukan lah dia kurang beradab ke ape, kadang tu terlebih excited bila jmpe some one yg dia minat or admire.

Namun menurut Fizo, dia bukanlah berniat untuk marah kepada peminat tetapi hanya mengingatkan.

Katanya lagi, biarlah adab menggambarkan nilai bangsa.

Jadi lepas ni korang kalau nak bergambar dengan selebriti atau sesiapa pun, tengok dulu keadan mengizinkan atau tidak, okay?

Sumber: Instagram Fizo Omar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Hot Fm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*