“3 Bulan Tak Balik Rumah,” Seb4k Abang Dak4p 5 Adik Nak Lepaskan Rindu

Tidak dinafikan, adik-beradik merupakan anugerah yang paling bernilai dalam kehidupan. Bukan sahaja menjadi teman bermain, malah dengan mereka jualah segala kenangan pahit manis dikongsi bersama. Namun pasti ada yang berasa kesunyian jika salah seorang tinggal berjauhan dari rumah.

Begitulah gambaran yang boleh dilihat menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok yang tular baru-baru ini.

Ayu Razak merakamkan moment tatkala kepulangan anak lelakinya yang lengkap dengan pakaian putih dan berserban. Menurut wanita berkenaan, kanak-kanak tersebut sudah hampir tiga bulan tidak berjumpa dengan adik-beradiknya. Namun, dia telah berpeluang untuk pulang ke rumah susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Selain ketibaannya disambut meriah, mereka juga saling berdakapan  melepaskan rindu yang terbuku.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan perasaan seb4k apabila melihat detik pertemuan enam beradik tersebut. Selain itu, mereka juga berkongsi pengalaman anak masing-masing yang sudah lama tidak dapat balik ke rumah kerana belajar di perantauan. Secara keseluruhan, video tular berkenaan telah meraih lebih 70 ribu jumlah tontonan setakat ini.

Sumber: TikTok ayurazak2

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://coretan.diariviral.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*