Fazura Kngsi Foto Anak, Sekali Netizen Perasan Apa Yg Neelofa Buat

Seperti umum mengetahui bahawa sebelum ini telah tercetusnya kontr0versi mengenai ‘pergolakan’ yang berlaku antara pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa dan pelakon cantik jelita, Nur Fazura. Kontr0versi itu menjadi bualan hangat netizen selepas kedua-dua artis tersebut seakan-akan menyindir antara satu sama lain di media sosial.

Neelofa, Fazura

Lebih menguatkan lagi spekulasi tersebut adalah apabila Noor Neelofa sebelum ini pernah dikaitkan menjalin hubungan cinta dengan pelakon kacak, Fattah Amin.

Walaupun begitu, hubungan mereka dikatakan berakhir sekitar tahun 2016 dan Fattah Amin kemudian digosipkan menjalin hubungan cinta dengan pelakon, Nur Fazura. Hubungan cinta yang terjalin antara Fattah dan Fazura akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin.

Neelofa ‘like’ gambar baby Fatima

Ekoran daripada itu, mulalah timbul spekulasi yang mengatakan bahawa Neelofa dan Fazura tidak mempunyai hubungan yang baik malah mereka dikatakan sering menyindir antara satu sama lain. Walaupun sebelum ini pernah kecoh tentang hubungan Neelofa dan Fazura tetapi lama-kelamaan isu tersebut seakan sudah dilupakan oleh netizen.

Tetapi sejak kebelakangan ini, isu kedua-dua artis ini telah kembali menjadi bualan hangat selepas netizen melihat Neelofa ada memberikan tanda ‘like’ terhadap gambar anak pasangan pelakon, Fattah Amin dan Fazura yang dikongsikan semula di Instagram Meletop. Netizen mula beranggapan bahawa Neelofa kini sudah ‘move on’.

‘Sayang Lofa’

Menjengah ke ruangan komen, ada juga dalam kalangan netizen yang suka dengan perubahan tersebut selain berharap hubungan Neelofa dan Fazura berada dalam keadaan baik dan mereka dapat melupakan persengketaan yang terjadi pada suatu ketika dahulu.

Tidak kurang juga, biarpun wajah anak perempuan Fazura tidak kelihatan tetapi kebanyakan netizen sudah mula memuji kecomelan bayi itu dan mengharapkan dia dapat membesar menjadi anak yang solehah.

Sumber: Meletop

 

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : OHBULAN

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*