Pembikinan filem Mael Totey masih ketinggalan, Ellie Suriati kata tak capai ‘standard’

PENGARAH dan penerbit Ellie Suriati memberitahu kejayaan filem Mael Totey The Movie yang berjaya meraih kutipan lebih RM5 juta itu tidak boleh dijadikan penanda aras untuk sesebuah karya kreatif.

Ellie berkata, filem tersebut masih belum mencapai tahap teknikal sesebuah penerbitan filem.

“Mael Totey ada follower yang ramai, berjuta… tetapi dalam industri kita ada banyak genre filem.

“Kita tidak boleh meletakkan Mael Totey itu sebagai benchmark untuk karya kreatif yang sempurna.

“Kalau kita nak sebut daripada teknikal sebagai pembikin filem, ia tidak mencapai tetapi oleh kerana ia popular dan mempunyai peminat tersendiri sudah tentu dia berjaya, ” ujarnya kepada mStar.

VIDEO :

Penangan Mael Totey

KUALA LUMPUR: Penerbit dan pengarah filem Mael Totey The Movie, Syahmi Sazli tidak menyangka karyanya meraih kira-kira RM2.5 juta dalam tempoh empat hari ditayangkan di Astro First, sejak 22 Oktober lalu.


Jauh daripada imaginasi Syahmi, filem garapannya itu akhirnya mampu memecahkan rekod dipegang filem Syif Malam Raya yang mengaut RM1.6 juta dalam tempoh sama.

Pada mulanya, anak jati Kelantan berusia 25 tahun yang mengusahakan Syahmi Sazli Production ini tidak yakin ada pihak mahu menayangkan filem itu kerana dirinya masih baharu dalam dunia sinematik.

 

View this post on Instagram

 

Bertiga je mlm ni.. lepak2.. cuti2 ni jgn lupa langgan Mael Totey The Movie di Astro First saluran 480.

A post shared by Mael Totey (@syahmisazli) on


“Saya terkejut kerana tidak meletakkan harapan tinggi menerusi filem ini. Bagi saya, apabila filem ini dapat ditayangkan di Astro First, ia sudah dikira kejayaan besar.

Filem Mael Totey The Movie meraih kira-kira RM2.5 juta dalam tempoh empat hari ditayangkan di Astro First, sejak 22 Oktober lalu. Foto Ihsan Syahmi Sazli Production

“Alhamdulillah Astro sudi menayangkan filem ini dan berjaya menghiburkan orang ramai,” katanya kepada BH Online.

Atas kejayaan itu, Syahmi bersemangat untuk terus menggilap bakat sebagai pengarah.

“Tidak hanya sokongan pengikut membuatkan saya terharu, malah kata-kata positif daripada pengarah berpengalaman seperti Ghaz Abu Bakar dan Syamsul Yusof membuatkan saya rasa karya dihargai.

“Insya-Allah, saya akan belajar menghasilkan karya yang lebih baik selepas ini. Saya merancang mengikuti kelas pengarahan kendalian Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) untuk menambah ilmu,” katanya.

Bagaimanapun, Syahmi yang dikenali menerusi segmen drama spontan di YouTube, tidak menolak ada pihak memperlekeh karyanya.

Namun, anak muda ini lebih gemar mengambil sikap tidak peduli.

“Apabila saya dikritik, saya fikir semula, apa tujuan saya buat filem ini? Saya buat filem ini disebabkan galakan daripada pengikut saya.

“Jadi, buat apa ambil peduli kritikan yang tidak membina? Apa yang baik saya jadikan inspirasi dan yang tidak berasas, saya biarkan sahaja,” katanya.

Syahmi berkongsi filem yang membabitkan kos kira-kira RM400,000 itu dihasilkan menggunakan wang simpanannya sejak aktif di YouTube, empat tahun lalu.

“Idea filem ini tercetus selepas lakonan pertama saya bersama Asif Suhaimi dan Yoe Parey menerusi filem Syif Malam Raya mendapat sambutan positif.

“Apabila filem itu berjaya, ramai yang memberi galakan untuk saya menghasilkan filem sendiri.

“Daripada galakan datangnya keberanian. Mael Totey The Movie adalah kisah adaptasi drama dari saluran You Tube saya,” katanya.

Filem Mael Totey The Movie menjalani penggambaran selama dua minggu sejak 12 Julai lalu.

Filem genre drama komedi ini mengisahkan pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha mempelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya.

Mael Totey The Movie membariskan selebriti YouTube iaitu Yoe, Asif, Emaleen Minhad dan Aween Ismail.

Turut berlakon penyampai radio Gegar, Ewan, Hushairi Hussain, Daler Yusof, Aznah Hamid, Kamarool Yusoff dan ramai lagi. – bh

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*