Kecoh pula jadinya! Surat beranak baby Mipan Zuzuzu tersebar, bapa tampil beri penjelasan selepas dikec4m netiizen

LAGU Mipan Zuzuzu pernah menjadi siulan ramai di seluruh dunia selepas nyanyian seorang gadis mat salih itu tiba-tiba trending di media sosial terutamanya di TiikTok.

Difahamkan lagu tersebut merupakan lagu komersial untuk sebuah makanan bijirin iaitu Miel Pops yang terkenal di beberapa negara seperti Itali, Rusia dan Sepanyol.

Kini tajuk lagu itu kembali h4ngat diperkatakan gara-gara gambar sijil kelahiran yang didaftarkan menggunakan nama Mipan Zuzuzu Bin Mahzan sekali gus mencetuskan pelbagai reaksii dalam kalangan netizen.

“Welcome baby Mipan Zuzuzu… uncle aunty boleh panggil Zuzu je…. Mipaaaaaaan… Zuzuzuzu,” menurut keterangan gambar yang dimuat naik Mahzan Yusop di Facebooknya sehingga tular.

Gambar sijil kelahiran tersebut sebenarnya disunting sebelum dimuatnaik di Facebook Mahzan.

Mahzan mendedahkan gambar tersebut dimuat naik di laman sosial selepas memperoleh sijil kelahiran anak lelakinya yang baru lahir pada 5 November lalu.

Namun pemuda kelahiran Pontian, Johor itu mengakui bahawa gambar sijil kelahiran tersebut sebenarnya telah disunting pada bahagian nama anaknya.

“Saya ni memang jenis suka edit gambar. Lepas ambil surat beranak tu saya tengok, rasa macam boleh edit.

“Jadi saya editlah nama tu. Saya share dekat Facebook untuk hiiburan kawan-kawan sebenarnya. Tak sangka pula boleh viiral.

“Isteri saya pun tahu tapi dia steady je. Dia tahu saya ni jenis suka bergurau,” katanya kepada mStar.

Mahzan bersama isteri dan anak sulungnya pada Aidilfitri yang lalu.

Pemuda berusia 33 tahun itu menjelaskan bahawa nama sebenar anak keduanya itu adalah Marzuki yang dilahirkan kira-kira pukul 10.57 pagi, 5 November lalu.

“Nama sebenar anak kedua saya tu Marzuki Bin Mahzan. Saya saja-saja edit sebab lagu tu pernah trending, saya selalu dengar.

Isteri saya pun tahu tapi dia steady je. Dia tahu saya ni jenis suka bergurau.

MAHZAN YUSOP

Bapa

“Lagipun lagu tu macam ada kaitan juga dengan Marzuki… terutamanya perkataan Zuzu.

“Saya pun terfikir nama panggilan anak saya apa? Mungkin saya nak panggil dia Zuzu,” katanya dalam nada berseloroh.

Mahzan menyunting gambar sijil kelahiran tersebut sekadar untuk bergurau dengan rakan-rakannya di Facebook.

Walaupun dia hanya bergurau, Mahzan turut menerima kec4man daripada netizen yang menganggap dia tidak sensitif dalam pemilihan nama anaknya.

“Saya tahu ramai kec4m. Ada yang guna kata-kata kesat. Mereka kata saya tak ada otak letak nama macam tu. Saya abaikan je.

“Tapi ada sesetengah yang tahu benda tu edit sekadar untuk hiiburan. Takkanlah saya nak bagi anak saya nama pelik-pelik.

“Lagipun sekarang Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tak benarkan nama-nama macam tu. Saya saja nak gurau-gurau dengan kawan,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber: MSTAR

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*