Pekerja Kilang Susu Syok Mandi ‘Susu’, Kantoi Lepas Rakan Muat Naik Video Di TikTok

Hanya kerana berkongsikan video di Tik Tok, sebuah kilang tenusu di Turki terpaksa menerima padah apabila diarahkan untuk ditutup.

Video berdurasi 11 saat itu mula tular di laman sosial Twitter pada 5 November apabila dikongsikan oleh sebuah akaun yang dikenali sebagai Neden.

Berdasarkan perkongsian itu, seorang lelaki dilihat sedang mandi di dalam bekas besar seolah-olah sedang berada dalam tab mandi.

Lelaki itu juga dilihat menyiram badannya dengan air yang berwarna putih seperti susu.

VIDEO :

Video yang dimuat naik oleh rakannya di aplikasi TikTok mula tular hingga tersebar ke beberapa aplikasi yang lain.

Perkara itu tentunya mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya ingin tahu jenama susu keluaran kilang itu.

Tak sanggup min nak minum air bekas mandi orang!

Pihak kilang bagaimanapun pantas menjelaskan keadaan sebenar di mana air yang digunakan oleh lelaki itu adalah campuran air serta cecair pembersih dan bukannya seperti apa yang netizen sangkakan.

Walaubagaimanapun, penjelasan itu tidak dapat menyelamatkan kilang tersebut dari dikenakan sebarang tindakan.

Kilang tenusu itu diarahkan untuk ditutup serta beberapa barangan dir4mpas kerana dipercayai beroperasi dalam keadaan yang membah4yakan kesihatan orang ramai.

Kedua-dua pekerja yang terlibat telah diberhentikan kerana dilihat mempunyai tujuan untuk mencemarkan nama baik syarikat.

Mungkin dia buat atas dasar suka-suka, tapi janganlah sampai mencemarkan nama sesiapa. Lain kali fikir la dahulu sebelum buat…

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*