Haneesya Hanee bertudung tapi dia Bagitahu Tujuan Sebenar pakai tudung buat ramai terkedu

Haneesya Hanee mengakui terharu apabila foto mengenakan hijab yang dimuat naik di Instagram menerima komen positif netizen.

Haneesya atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Sayed Sahlan, 20, berkata, sudah lama dia menantikan ruangan komen itu dipenuhi dengan ucapan dan kata-kata positif.

Beliau pernah dimarah natizen supaya memadam gambar ini :

Untuk tujuan penggambaran

“Saya sangat gembira baca komen-komen yang p0sitif dari netizen dan dapat lihat perbezaan berbanding dulu.

“Walaupun imej saya berhijab ini untuk penggambaran tetapi apa yang saya boleh cakap, komen-komen mereka ini sedikit sebanyak membuka pintu hati saya untuk berhijab.

“Dah lama saya ada niat untuk berhijab cuma belum masanya lagi… Insya-Allah suatu hari nanti,” katanya kepada mStar.

Menerusi laporan mStar pada 16 Jun lalu, Haneesya Hanee memberitahu dia ingin kembali dengan semangat baharu dan mula memaafkan dirinya sendiri.

Malah, dia mengakui kehidupannya kini lebih baik dan berasa lebih tenang selepas berdepan uji4n hebat awal tahun lalu.

“Alhamdulillah… dah lama tak ada kerja, tak shooting sebab PKPB tetapi sekarang dah mula pelahan-lahan bekerja dan saya pun dah ada bisnes sendiri.

“Walaupun bisnes produk rambut saya bergerak perlahan disebabkan pand3mik Cov1d-19, tetapi saya bersyukur masih ada rezeki untuk saya,” ujarnya

‘Tak sesuai gelar saya artis sen-du’ – Haneesya

Akibat sekian lama tidak kelihatan di kaca televisyen (TV), model dan pelakon sensasi, Haneesya Hanee, 20, digelar artis sendu.

Tak melenting digelar sedemikian, Haneesya berkata, dia baru sahaja bertatih dalam dunia lakonan, jadi gelaran artis sendu seakan tidak sesuai untuknya.

“Bagi saya, panggilan artis sendu tidak sesuai untuk saya, malah sedikitpun tidak terasa dengan panggilan yang diberi. Saya baru sahaja bertapak dalam industri seni, berapa kerat sangat drama yang dibintangi, jadi ia bukanlah gelaran yang sesuai ditujukan kepada saya. Lainlah, jika sudah lama saya berlakon,” katanya kepada BH Online.

Memulakan kerjaya seni menerusi teater Siti Di Alam Fantasi pada usia 9 tahun, nama Haneesya makin dikenali selepas membintangi drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek dan Cvri Cvri Cinta. Bagaimanapun, entah di mana salah dan silap, gadis hitam manis itu kini semakin kurang menerima tawaran lakonan.

Jauh di sudut hati, Haneesya mengakui, tertanya-tanya adakah disebabkan kontroversi yang sering dikaitkan dengan dirinya atau kemenangan Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada tahun lalu menyebabkan syarikat produksi tidak berani mengambilnya kerana bimbang bersikap ‘demanding’.

Namun, kata Haneesya, dia bukanlah seorang yang suka meletakkan harga, sedangkan masih hijau dalam dunia lakonan. Kali terakhir, dirinya membintangi drama Cvri-Cvri Cinta, tahun lalu.

“Saya meminati dunia lakonan hingga sanggup mengikuti kelas seni. Cuma, rezeki belum menyebelahi biarpun saya memenangi ABPBH, tahun lalu. Semakin kurang tawaran lakonan diterima. Mungkin produser takut saya meletakkan harga tinggi, tetapi saya tak mungkin bersikap sedemikian kerana saya tahu siapa diri saya.

“Bagaimanapun, saya bersyukur rezeki dalam dunia peragaan masih tidak berhenti. Begitu juga ulasan produk, jadi melalui dua sumber inilah saya meraih pendapatan menanggung keluarga. Saya berlakon bukan disebabkan duit, tetapi minat yang mendalam pada lakonan,” katanya yang juga pernah merakamkan single berjudul Mengejar Mimpi berkolaborasi bersama kumpulan Bimasakti.

Haneesya atau nama sebenarnya, Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahalan tidak menafikan sering kali diasak dengan persepsi gadis li4r suka berparti dan bersosial. Bukan sedikit kontr0versi yang menerjah kehidupannya, namun ia sesekali melunturkan semangat untuk meneruskan perjuangan.

Biarpun kebanyakan kontr0versi yang tercetus bukan disengajakan, Haneesya mahu 2020 menjadi tahun positif untuk menjaga nama dan kerjayanya.

“Bercakap mengenai penyesalan, tentulah ada rasa penyesalan. Jika boleh, saya tak mahu mengulang kesilapan yang sama dalam hidup.

“Jujurnya, saya mengalami kejutan budaya apabila menjadi cemuhan masyarakat pada peringkat awal dahulu. Kini, saya cuba belajar untuk terbuka dalam menerima kritikan. Bagaimanapun, ia bukan sesuatu yang mudah. s4kit sangat apabila dikritik, tetapi tidak mudah menutup mulut netizen.

“Kebanyakan kontroversi yang berlaku wujud secara tidak disengajakan. Sedikit kesalahan yang dilakukan, netizen suka membesarkannya hingga menjadi tular. Saya tak mahu menoleh ke belakang lagi, saya mahu mengurangkan kontroversi dan fokus kerja serta produk yang bakal dihasilkan,” kata Haneesya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber: mStar, bharian/http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*