Sakitnya Hilang Sahabat

Rezeki, jodoh, dan aj4l, sudah ditetapkan oleh Allah S.W.T sejak azali lagi. Di media sosial tular satu cerita sebak, mengenai seorang gadis yang telah dijemput Ilahi. Gadis tersebut yang dikenali sebagai Fara Dilayla, meningg4l dunia semalam, akibat sakit tul4ng belakang.

Minta sedekahkan Al-Fatihah

Menerusi tweet Aqil Ash, dia menceritakan janji-janji terakhir yang belum sempat ditunaikan kepada arwah. Sepatutnya, Aqil akan belanja arwah makan setelah arwah dibenarkan keluar dari hospital. Namun, hasratnya tidak kesampaian apabila arwah terlebih dahulu dijemput Ilahi.

Tambahan pula, dia turut menceritakan arwah seorang yang sangat baik dan disayangi oleh ramai. Ketika proses pengebumian, ramai yang datang untuk menziarah arwah. Dia juga sempat meluahkan rasa sedih kerana telah kehilangan seorang sahabat yang baik.

Nanti dah takda orang nak layan perangai gila aku. Selamat berehat

Hint terakhir

Sebelum ini, dia pernah termimpi arwah yang menyuruhnya datang untuk teman di hospital. Arwah juga ketika itu tidak membenarkan Aqil untuk pulang ke rumah. Rupa-rupanya itu ‘hint’ yang diberikan kepadanya sebelum arwah meningg4l dunia.

Terima kasih Fara

Dina Zainal, menerusi tweetnya, mengucapkan terima kasih kepada arwah kerana sanggup bersusah senang bersama. Tambahan pula, mereka berdua ‘sempat’ merancang untuk menjadi pereka fesyen satu hari nanti. Tidak berakhir di situ, dia turut meluahkan rasa sedih dan sebak atas pemergian arwah.

Our last conversation

Sebelum arwah dijemput Ilahi, mereka sempat berbalas Whatsapp ketika itu, dan Fara sempat mengirim satu foto membuat mini love tanda sayang kepada sahabatnya. Fara ketika itu juga sempat mengucapkan terima kasih kepada Dina yang sanggup berada di sisinya sejak dahulu lagi dan meluahkan perasaan sayangnya kepada Dina.

Menerusi ruangan balas, rata-rata warganet mengucapkan tazkiah dan mendoakan supaya roh arwah dicucuri rahmat.

Sumber: Aqil Ash Dina Zainal

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : OHBULAN

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*