Baru Je Ellie Suriati Kritik Tak Capai Standard, Sekali Kutipan Filem Mael Totey Catat Sejarah Baru

Terdahulu, Ellie Suriaty Omar meluahkan pandangannya terhadap filem MTTM menerusi sebuah video di YouTube.

Jelas Ellie, industri tidak boleh meletakkan MTTM sebagai benchmark karya kreatif yang sempurna terutama dari segi teknikaliti.

“Kalau kita sebut teknikal kerja sebagai penghasil fiem, ia tidak mencapai, namun kerana ia popular dan ada fanclub sendiri, mestilah dia berjaya,” katanya.

Kutip RM6.4 juta, Mael Totey The Movie Catat Sejarah Filem Terlaris Astro First

Selepas meraih RM5 juta dalam tempoh 12 hari tayangan, filem Mael Totey The Movie (MTTM) sekali lagi mencatat sejarah apabila menerima kutipan sebanyak RM6.4 juta.

Pengumuman itu dibuat menerusi rancangan Gegar Vaganza sebentar tadi yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Difahamkan, jumlah berkenaan diperoleh dalam hanya tempoh 23 hari sejak ia mula ditayangkan 22 Oktober lalu.

Apa yang lebih membanggakan, MTTM turut memecah rekod filem Polis Evo dan Hantu Kak Limah sebagai filem terlaris di Astro First.

Sementara itu menerusi satu posting di Instagram Syahmi, pengarah muda itu mengucapkan terima kasih atas sokongan ramai yang tidak pernah putus.

Ini Reaksi Syahmi

BOOM!! MAEL TOTEY THE MOVIE BERJAYA MENGUTIP RM6.4 JUTA!! Sekaligus mencatat sejarah filem NO.1 terlaris memecah rekod filem box office Polis Evo & Hantu Kak Limah!

Terima kasih atas sokongan anda semua yang tak putus-putus!

Saksikan filem komedi no. 1 Astro First, kegemaran ramai MAEL TOTEY, Kini Di Pawagam Rumah Anda, Astro First. Untuk melanggan sila ke saluran 480.

Anda juga boleh strim MAEL TOTEY di Astro Go atau On Demand.

“Kita lain, mereka sama”

Untuk rekod, MTTM mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya.

Tetapi Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya. Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul.

Ingin mengetahui apa yang akan terjadi seterusnya, saksikan filem Mael Totey The Movie yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

DATUK ADI PUTRA PULA BERSUARA TENTANG KARYA MAEL TOTEY THE MOVIE

Pelakon Datuk Adi Putra tampil mempertahan filem Mael Totey The Movie (MTTM) selepas segelintir indvidu cuba untuk mengkritik karya tersebut.

Perkara itu diluahkan menerusi satu posting terbaharu di Instagramnya, hari ini.

“Pada netizen banyak bunyi tu aku ‘langgar’. Sekurang-kurangnya dia buat, bukan cakap baru nak buat. Bagus ke tak cerita belakang. Pada Syahmi jalan terus.Aku sokong bangsa Melayu,” katanya.

Menyedari sokongan tersebut, pengarah MTTM Syahmi Sazli turut mengucapkan terima kasih menerusi ruang komen di posting berkenaan.

“Terima kasih bang,” tulis Syahmi.

Sementara itu, menerusi ruang komen juga rata-ratanya memuji sikap Adi Putra yang menyokong usaha dan karya golongan muda seperti Syahmi.

Isu ‘benchmark’ Mael Totey, Ayu Puteh pertahan pendapat Ellie Suriati – “Apa dia cakap ada betulnya, netizen sengaja cari bahan nak kvtuk!”

PENERBIT Datuk Ayu Puteh mempertahankan pandangan yang diutarakan oleh pelakon terkenal Ellie Suriati mengenai filem Mael Totey The Movie yang dikatakan tidak mencapai penanda aras untuk sesebuah karya kreatif.

Memahami maksud yang cuba disampaikan oleh pelakon kontroversi itu, pemilik produksi Pencil Pictures & Records Sdn Bhd ini berkata netizen tidak memahami konteks sebenar maksud yang cuba disampaikan oleh Ellie.

Menurut Ayu, setiap individu mempunyai pandangan berbeza mengenai industri kreatif dan tiada salah jika seseorang anak seni menyuarakan pendapat terhadap sesuatu isu.

“Bagi saya apa yang dikatakan oleh Ellie itu ada betulnya terutamanya mengenai akta filem dan sebagai pengarah serta pelakon profesional itu adalah pandangan dia.

Ayu selaku penerbit filem terbuka dengan sebarang kritikan dan pandangan.

“Apa yang Ellie luahkan tak salah… asalkan kita faham maksud sebenar, kalau sebut tentang benchmark (penanda aras) filem memang lain la kualitinya.

“Tak perlulah nak kutvk-kutvk pengarah dan pelakon tu, apa dia cakap memang ada kebenarannya… netizen bukan semua tahu fasal filem, apa mereka tahu kelakar dan happy,” katanya kepada mStar.

Pada Khamis, Ellie menerusi laporan mStar memberitahu kejayaan filem Mael Totey The Movie sehingga berjaya meraih kutipan lebih RM5 juta itu tidak boleh dijadikan penanda aras untuk sesebuah karya kreatif.

Ellie pernah cakap dia bangga filem pertama Syahmi berjaya, katanya itu rezeki dia… bukan Ellie tu sombong atau h1na filem itu!

Ellie berkata, filem tersebut masih belum mencapai tahap teknikal sesebuah penerbitan filem.

Pandangan yang diluahkan Ellie itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan penggiat seni dan netizen sehingga mencetuskan perbalahan di media sosial.

Dalam pada itu, Ayu mendedahkan Ellie yang sedang menjalani penggambaran drama di bawah terbitan produksinya berjudul Baby Tak Gila turut memuji kejayaan filem Mael Totey The Movie itu.

Ayu selaku penerbit filem terbuka dengan sebarang kritikan dan pandangan.

“Ellie pernah cakap dia bangga filem pertama Syahmi berjaya, katanya itu rezeki dia… bukan Ellie tu s9mbong atau hi-na filem itu.

“Netizen ni kadang-kadang sengaja nak besar-besarkan dan nak cari bahan untuk kvtuk tak kena gaya, Ellie ucap tahniah pun salah juga atau mereka ini tak guna akal tu 100 peratus bila nak tinggal komen, ikut perasan bantai tanpa fikir baik burvk.

“Masing-masing ada pandangan sendiri, saya sebagai penerbit pun okay terima kritikan orang lain… macam kita tengok cerita Mr Bean, ada orang gelak kerana kelakar ada juga yang anggap itu macam lawak b0doh. Terpulang pada individu!

“Saya sendiri berpendapat filem Mael Totey memang memenuhi citarasa kebanyakan penonton di Malaysia… sekarang ni banyak orang stress dan sesuailah cerita itu untuk hiburan kita semua,” ujarnya.

‘Saya buat filem untuk orang yang tahu karya saya’-Syahmi Sazli

Kuala Lumpur: YouTuber terkenal yang juga pengarah filem Mael Totey The Movie, Syahmi Sazli menyifatkan pandangan pengarah dan penerbit, Ellie Suriati mengenai filem itu belum mencapai tahap teknikal sesebuah penerbitan filem sebagai teguran kakak kepada adik.

Syahmi ketika dihubungi berkata, dia bersetuju dengan apa yang did4kwa Ellie itu.

“Modal saya menghasilkan filem itu tak besar dan saya menggunakan peralatan apa yang ada saja. Contohnya kamera yang saya gunakan untuk penggambaran filem ini juga saya gunakan untuk menghasilkan video di YouTube.

“Jadi dari segi teknikal itu, saya setujulah apa yang dia cakap. Tapi, jika dia komen berkaitan ‘standard’ sesebuah karya, saya tak setuju sebab nak tahu juga ‘standard’ macam mana dimaksudkannya. Adakah ‘standard’ sebuah karya itu perlu bersentuhan kerana untuk Mael Totey The Movie, memang tidak ada babak bersentuhan dilakukan. Ia lebih kepada mengikut ‘standard’ saya sendiri,” katanya kepada Harian Metro.

Syahmi berkata, dia melihat setiap pengarah pasti memiliki sentuhan tersendiri untuk setiap karya yang dihasilkan mereka.

“Saya memasuki industri filem ini mengikut cara lain dan tidak seperti penggiat seni lain. Saya tak lalu jalan yang orang lain ikut. Saya buat filem ikut ‘standard’ saya sendiri.

“Jadi, apabila penonton karya saya dapat terima ‘standard’ itu, saya fikir ia sudah berjaya. Lagipun, saya buat filem ini untuk penonton dan pengikut yang sudah kenal dengan karya-karya saya,” katanya.

Syahmi menganggap teguran Ellie itu tidak bersifat peribadi, sebaliknya untuk dia memperbaiki kekurangan dan kelemahan dari aspek teknikal untuk penghasilan karya filemnya yang lain.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*