Diperlekehkan, Ayah Zahirah Macwilson Kecewa

“Saya diminta buat rakaman lakonan berdasarkan skrip ringkas yang dihantar dan ia dibuat di rumah dengan bantuan isteri.

“Dengan menggunakan telefon bimbit, saya cuba sehabis baik sebab memang berkeinginan bekerja dengan Yusry Abdul Halim. Saya berasa hampa sebab pihak terbabit menolak saya, tapi bukannya pengarah,” kata pelakon Zainol Macwilson yang meluahkan kekecewaannya apabila namanya ditolak daripada sebuah projek drama bersiri.

Zainol, 62, atau nama sebenarnya Zainol Johari Macwilson berkata, dia gembira apabila ditawarkan berlakon di bawah arahan Yusry Abdul Halim untuk drama bersiri 10 episod yang akan disiarkan menerusi sebuah saluran penstriman tempatan.

“Ikut perancangan awal, saya hanya terbabit untuk lapan episod. Bagi saya itu sudah memadai kerana memang nak sangat bekerja di bawah arahan Yusry. Penggambaran dijadual bermula pada 7 November hingga 28 Disember.

“Selepas itu saya dihubungi oleh wakil produksi yang minta saya buat uji bakat pula. Katanya, klien yang nak untuk saluran itu. Terkejut dibuatnya kerana saya bukan baru dalam lakonan. Kenapa perlu jalani uji bakat? Tapi saya ikut juga kehendak mereka dan akhirnya nama ditolak,” katanya yang kini berada di Perlis.

Zainol (kanan) ketika bertemu Yusry di satu lokasi penggambaran drama

Kredit foto: Harian Metro

Zainol yang juga bapa kepada pelakon Zahirah Macwilson berkata, bukan mahu berlagak, namun menyifatkan ia sesuatu yang pelik.

“Bukan saya tak pernah menjalani uji bakat dulu. Tapi ini untuk produksi antarabangsa (Hollywood) pada tahun 1980-an.

“Jujur saya memang teringin nak kerja dengan Yusry kerana yakin dengan hasil karyanya. Rasanya dia yang cadangkan nama saya pada klien tapi mereka pula terlalu memilih. Kiranya seperti saya seolah-olah dipersendakan oleh pihak terbabit. Namun saya tak salahkan Yusry,” katanya.

Zainol yang sepatutnya melakonkan watak bapa kepada seorang pelakon wanita popular menganggap dirinya seperti diperlekehkan dan tidak layak untuk membintangi drama terbabit.

“Apabila nama saya sudah dicadangkan oleh seorang pengarah berkaliber, secara tak langsung rasanya peranan itu kepunyaan saya.

“Tambah lagi dalam situasi Covid-19 semua artis mengharapkan tawaran yang bukannya sentiasa ada. Kebetulan saya pula masih di Malaysia. Perniagaan pelancongan di Perth, Australia pun sudah terhenti disebabkan Covid-19. Jadi saya memang mengharapkan sangat apa-apa tawaran berlakon,” katanya.

Zainol bin Mohd Johari MacWilson atau lebih dikenali sebagai Zainol MacWilson adalah seorang bekas penyampai berita TV3 dan pelakon lelaki Malaysia.[1]

Zainol pernah bertugas sebagai penyampai berita TV3 pada tahun 1990-an dan kemudiannya berhijrah ke luar negara beberapa tahun sebelum kembali semula ke Malaysia untuk terlibat dalam dunia seni

Dalam perkembangan lain, Pelakon Zahirah Macwilson memaklumkan usia kandungannya kini sudah memasuki 32 minggu.

Mengakui teruja untuk menyambut kelahiran bayi sulung, Zahirah memaklumkan berat badannya juga naik sehingga 10 kilogram (kg).

“32 minggu yang penuh sabar. Kegembiraan bertambah 10kg dan membekalkan kasih sayang yang tidak berkesudahan kepada si kecil,” tulisnya.

Menerusi hantaran terbaharu yang dimuat naik, Zahirah berkongsi fotonya bersama suami, Aiman Hakim Redza sedang berada di tepi pantai.

Perkongsian Zahirah itu turut mendapat maklum balas dan reaksi positif pengikutnya yang rata-rata mendoakan agar proses kelahiran berjalan lancar.

Zahirah kini berada di Perth, Australia ditemani suami dan keluarga.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber: Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*